Showing posts with label Reformasi Ideologi. Show all posts
Showing posts with label Reformasi Ideologi. Show all posts

Aku bukan Mahasiswa Sahaja

Bahang Pemilihan Majlis Pewakilan Mahasiswa sudah selesai, pertama kali saya melihat begitu hebat dan meriah di Universiti saya berusia 4 tahun ini. Kalu ikut lumrah manusia,4 thn hanya seorang kanak-kanak yang baru belajar bejalan dan berlari..serta baru sahaja ingin bertutur kata. yea,walau universiti masih baru, tetapi tidak mustahil juga Mahasiswa akan bangkit untuk menegakkan Mahasiswa. Di universiti saya sudah wujudnya Pro-Mahasiswa atau dikenali Pro-M,saya salah seorang aktivis tersebut. Sebenarnya masih belum ramai yang tahu tentang apa agenda sebenar Pro-Mahasiswa.Pro-Mahasiswa adalah untuk perjuang kan hak seseorang mahasiswa yang bukan terikat dibawah AUKU.Kami ingin bebas,ingin bersuara,Bukan kita dicucuk ke hilir dan hulu.

Kami Mahasiswa ingin bebas bersuara,memberi pandangan,memberi resolusi.kami juga boleh berhujah,beridelolisme..tolong jangan label kita sebagai pembangkang..kita bukan ditaja oleh pihak luar atau parti luar..kami tidak mahu pencampuran parti-parti politik. Kami hanya mahasiswa yang berideologi sahaja.Tidak salah sekiranya mahasiswa ingin bersuara kerana kami juga rakyat malaysia dan termaktub dalam perlembagaan.Deklarasi Hak Asasi Manusia dalam artikel ke-19 dan ke-20 menyatakan hak seseorang untuk bebas bersuara dan hak untk berhimpun serta berpersatuan. Sementara itu, Perlembagaan Persekutuan dalam artikel ke-10 juga member jaminan kepada hak individu untuk berkumpul dan bebas menyatakan pendapat.

Bak kata orang tua-tua,melentur buluh biar dari rebungnya.Saya memang setuju dengan statement ni.Apabila kita nak buat sesuatu,mesti dari bawah dan baru lagi.Tidak akan kita akan menunggu dari Universiti sudah lama,negara da lama mederka baru kita nak bangkit.Ini bukan cara kita berfikir seharusnya kita harus dari baharu lagi untuk mula perubahan bukan sudah tunggu 10thn,20thn baru kita nak berubah.

STUDENT POWER!!

AUKU ke AUTA??

Masihkah ingat lagi kes 4 orang mahasiswa yang telah ditarik anugerah dekan,gara-gara hanya untuk membuat analisis kerana ini membabitkan khusus mereka ambil-sains politik,dan masih ingatkah 2 orang mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan UMNO baru-baru ini?dan juga yang terbaru 4 mahasiswa juga ditahan di galas.

Apa yang aku ingin tulis di sini dan ingin bertanya,salahkah mahasiswa berpolitik?salahkah mahasiswa menyokong aliran lain selain kerajaan?Mahasiswa sekarang ingin bergiat aktif,tetapi dihalang oleh pentadbiran,Mahasiswa ingin bergiat politik,tetapi dihalang oleh AKTA AUKU, 2 orang Mahasiswa yang terlibat dalam Pehimpunan umno langsung tidak diambil tindakan atas alasan Pihak Universiti membenarkan mereka mengambil bahagian dalam pehimpunan tersebut.Secara rasionalnya dalam AUKU mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik tetapi macam mana pihak university benarkan?Ini kita dapat menglihat secara celik dan akal yang waras akta tersebut harus dimansuh tidak perlu dipinda lagi,kerana sudah bercanggah dan tidak adil kepada mahasiswa.

Sanggup Universiti ini memusnahkan masa depan pelajarnya sendiri hanya kerana perbezaan politik. Mungkin perlu dijelaskan kepada pihak pentadbiran universiti, bahawasanya parti pembangkang bukanlah musuh Negara, Kita hanya mempunyai Ideologi tinggi untuk mengubah di negara ini,tetapi kita tetap masih dilayan seorang kana-kanak lagi.Jika perkara ini masih berterusan maka jawapan dia Musnahlah negara kita kerana masih lagi ada pemimpin yang terikat dengan pentadbiran penjajah "pecah perintah"

sekarang mahasiwa harus sedar,kita bukan sahaja tidak membenarkan politik malah kebajikan pelajar juga semakin terabai.Di Univeristi aku,kebajikan sememangnya teruk dari sehari ke sehari,dari masalah ketiadaan air,masalah keselamatan mahasiswa juga telah terabai.Bila ditanya,dengan slambanya berjawap kita tengah prosess...bangkitlah mahasiswa,usah lagi kita dicucuk hidung lagi.Negara kita tengah nazak,sudah masa kita bangkit dan membaiki keadaan..

mahasiswa berpendirian bahawa sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan secara total memandangkan aplikasinya yang sama sekali tidak relevan dan bersifat menyekat kebangkitan mahasiswa. Sekiranya pihak kerajaan Malaysia ingin melihat peranan mahasiswa terus hidup sebagai pemimpin muda Negara, maka menjadi tanggungjawab segera pihak kerajaan untuk memansuhkan AUKU. Apa yang pasti ialah, mahasiswa akan tetap agresif dalam menggerakkan proses perubahan samada AUKU dipinda ataupun terus kekal sebagai akta yang mengekang dan ketinggalan zaman.

Mahasiswa akan terus menghidupkan peranan sebagai agen semak dan imbang kepada sistem demokrasi Negara dengan bersifat responsif terhadap isu-isu nasional mahupun dasar-dasar Negara yang dilihat perlu kepada penelitian semula. Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk bertindak secara agresif sekiranya terdapat ketirisan dalam pengamalan demokrasi dan akan mengambil sikap kritikal dalam mengusulkan agenda perubahan yang konstruktif kepada pihak kerajaan.

p/s::.tiba2 ingin tulis pasal ini....bangkitlah mahasiswa!!student power!!

apakah itu?





Sejak perbentangan dari PM kita barjet 2011,salah satu barjet yang menerima impak yang besar kepada rakyat malaysia ialah membina 100 tingkat menara mederka. Apa tujuan disebalik menara tersebut?kerajaan sekarang tidak sama mcm dahulu,penuh dengan korupsi-korupsi semua tempat..Dengan slogan"Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan" harus tolak sekeras-keras oleh rakyat sekarang. PM menyatakan bahawa Menara tersebut bukan cadangan dia tetapi cadangan daripada PNB..apa jadah sebenarnya?5bilion beb,bukan sikit,kalu tukar kepada kebajikan rakyat 10 ipta akan dibuka, helikopter kecemasan tambah,hospital,air,eletrik akan dibekalkan kepada penduduk pendalaman sabah dan sarawak....

apa yang ada dalam fikiran Pucuk pemimpin kita?sudah xada projek untuk makan sendiri ke?cukuplah, korang akan membawa negara kita mundur,bukan maju dan paling menakutkan akan membawa negara kita bankrupsi...kita mahu selesa..kita tidak mahu mewah,kita mahu kebajikan kita terjaga...wahai pemimpin,jangan kamu diam sahaja,bila mahu pilihan raya,turun sahaja kamu semua...tetapi bila sudah dicalonkan,semua diam diri makan duit sendiri...

Kini aku ingin tuju kepada orang-orang muda,mahasiswa-mahasiswa,bangkit lah kita..jangan kita biarkan benda ini terus belaku di negara ini..kita harus tolak kezaliman...tolak korupsi..bangkit mahasiswa bangkit.....anda mampu mengubahnya...

STUDENT POWER!!

Motivated

14 oktober,aku dan rakan-rakan pergi USMKK untuk mendengar forum Rejuvenasi Mahasiswa. Pertama kali selama dalam dua tahun aku digelar Mahasiswa dan ini pertama aku pergi forum yang begitu penuh dengan ilmu.Dengan mengenali ramai rakan-rakan yang juga hadir dalam forum tersebut. Forum ini dipanel oleh 3 orang panel iaitu Timbalan Pelajaran Tinggi-Datuk Saifuddin Abdullah, Mantan YDP MPP USM-Saudara Mohammad Syafiq Abdul Aziz dan Panel terakhir Exco MPP USMKK iaitu saudari Siti Aminah Alawiah.

Sepanjang forum tersebut memberi pelbagai makna kepada aku,mungkin juga kepada rakan-rakan aku yang pergi. Forum tersebut telah merungkai dan berbincang masalah-masalah yang timbul dalam kalangan Mahasiswa. Ini sedikit sebanyak kita sudah dapat mengetahui punca dan resolusinya. Siapa diri kita sebenar yang bergelar mahasiswa ini? Adakah kita sebagai mahasiswa cuma tahu untuk mengejar keputusan dan belajar di IPT sahaja?

Aku juga tertarik oleh panel oleh Mantan MPP USM, beliau bercakap" Kita Mahasiswa tidak harus dibandingkan dengan Mahasiswa zaman dulu,kerana kita tidak sama di pentas dan zaman,dan ini sememangnya tidak adil kita dinilai sebegitu" dan juga saudari Siti Aminah bercakap "Mahasiswa sekarang berbudaya 3k,iaitu kuliah,kafe,dan kolej kediaman"

Dalam forum tersebut telah merungkai sedikit sebanyak dan dikuksi secara minda terbuka. Forum sebegini harus diteruskan lagi agar ini dapat membawa lahir Mahasiswa yang lebih berminda kelas pertama. Aku juga berharap di University aku juga dapat mengadakan forum seperti ini dan juga berharap,rakan-rakan juga harus turun untuk menyokong dan merejuvenasikan Mahasiswa sekarang..Ayuh semua!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants