Showing posts with label Sembang. Show all posts
Showing posts with label Sembang. Show all posts

Walaupun bukan

tiba-tiba hatiku berasa panas bila tgk video yang diupload oleh salah seorang rakan sepejuangku..video tentang demotrasi anti mubarak....kenapa kita berdemo??kita berdemo kerana ingin pihak kerajaan cuba menyelamatkan mahasiswa/i di mesir...apa salah kita wahai kerajaan?apa salah kita??kita menentang untuk menengakkan keadilan/islam...kenapa perlu layan kita seperti kanak-kanak bawah umur?kita sudah sedar...kita sudah ingin bangkit..kita ingin bebas...kita tidak mahu di bawah kuku besi....ingin rakyat malaysia juga akan bangkit sekiranya terus ditabir oleh kerajaan sebegini...kita bukan pemberontak..tetapi kita hanya ingin berubah.....berubah untuk ke arah kebaikan bukan untuk menjadi seperti kroni-kroni yang melingkupkan pemikiran-pemikiran seseorang rakyat.....

Ragam-ragam

lama sudah aku tidak menulis sini...betul-betul sibuk...nak bershooting pon susah..pening2...hati tgh gian nak menembak..owh tidak apa lah..nak buat mcm ne..sibuk tul...dengan laptop lama aku yang rosak begitu lama(satu minggu je kot)haha..lepas tu terpaksa aku gadaikan wang simpanan aku(sedih sgt) untuk beli laptop baru...xpelah demi masa depan juga..nanti xbeli laptop assignment xsiap lak...hehehe.....kena berjimat la lepas ni...adeh...xpe2....hidup kena teruskan...ragam manusia...hahaahaha....bila kena sendiri baru nak berjimat..kalu tak hampeh...

sepanjang bulan yang lepas memang macam-macam berlaku...huhuh...sabar je la wahai manusia....nak buat mcm ne....hadapi dengan tenang ye manusia...bukan pilihan raya kat tenang(johor) tau...hahaha....cakap sal politik..dalam dua bulan ni pon ak da naik giler..haha....sabar2....yea sabar la ni...dulu berjanji xkan berpolitik..tetapi serius...hidup kita memang perlu ada politik..ok..xnak citer sal politik dulu...heheheh.....

Harrr....aku baru teringat satu cerita...dua tiga hari yang lepas...aku menyanyi tau(tapi kumpulan) ada duta jepun datang..geng aku apa lagi..nyanyi jela...tapi hari tu penuh dengan kelas...kena lak pergi kelas...lepas tu aku hantar la SMS kat Si Dia....."dear very exhausted..can i skip class" lepas tu dia msg...."i yang penat ni pon xponteng kelas!!!" hahaha.....so terpaksa la i pergi(biasalah dengar cakap .........*korang isi jela).... hahaha......kelakar kan dia...tetapi serius...aku sayang dia....huhuh....dia segan,aku pon segan ngan dia..hehehe..xpe2....permulaan jep...bukan ada pe2 lagi kot..InsyaAllah dengan keizinanNya...hehehe.....

Minggu depan da nak raya....baju raya xbeli lagi...hohoho..pening2..macam ne nih...baju raya xbeli lagi nih..xyah raya je lah ye mak...hehehe.....=P tapi nak ang pau...hahaha....da pokkai da nih,,,huhuhu...

::p/s:: ni la ragam aku....hahaha...sempoi je kan nak hidup...buat pe duk pk2....mungkin hati aku sudah berpunya kot..sbb tu rasa bahagia jep...hahaha..Dear...sorry yea...hehehehe......

LAST aku ingin mengucapkan GONG XI FA CAI,Selamat Tahun Baru Cina..Maaf Zahir dan Batin

Getting older

Nothing much to write much this holiday.But suddenly i think about my camera.My first DSLR Nikon D40.yea,today is his anniversary with me..hahaha..look funny right. yea that all i can said.Wah,the time its really fast.already 1 year with me.but i only use its just 7month...other 5 month i just keep at home because i replace it with my other DSLR...but never mind..the first always give me memory. a lot of memory...from its i can learn about DSLR...time getting fast,we are getting old..

Suddenly today i try to search my old picture.Yea,i ask my mum where the old album she put.Then i take few picture that time ...haha..when i look,its really funny..Flash back the child hood even different just 15 years...i love child hood,free of problem,free of tension. i dont know why we live at this earth. For what we live..now, human face,education,study,money..but they lost one thing,the amazing of the god mother creature...when i childhood,i always think,enjoy the life,dont wan to face problem. want to work earn little bit money,then enjoy the life...its simple....haha....that why i always smile laugh,but people always think i'm "crazy" hahahaha...what ever.....


my childhood...did i look thin??ahaks..

.
.
.
.
.
.
This me,when i was 10 old month...i'm OKU...
.
.
.
.
My first DSLR D40,now belong to my brother..Thanks You
.
.
.
.
.
.
Happy anniversary....ahahaha



p/s::We were given: Two hands to hold. Two legs to walk. Two eyes to see. Two ears to listen. But why only one heart? Because the other was given to someone else. For us to find.

Perancangan tidak semestinya lancar...

Perancangan kita tidak semestinya berlancar.Kita selalu kata,kita hanya merancang,tuhan yang menentukan.Aku rasa itu benar sekali dengan kata-kata tersebut.Ye hari ni perancangan aku ingin pergi rumah kawan. tetapi atas sebb tertentu aku terpaksa batal perancangan aku itu.biarlah...salah aku jugak...aku agak kecewa satu hari ni...entah kenapa...mungkin salah aku,atau salah dia..tetapi aku xnak salahkan siapa-siapa...

k la..xada mood nak tulis pe2...biar je la.....memang sukar nak lupa benda mcm ni....

Pelangi Petang

Dari semester satu aku kenal dia di kuliah "Management"walaupun kita hanya jumpa tetapi tidak pernah bercakap..Aku agak kagum dia semasa dia membuat perbentangan.Dari cakap-cakap gila..hahaha...Dia bukan sahaja pandai bercakap tetapi pasal ambil gambar,memang terbaik

Semasa aku semester kedua aku beli DSLR dan berguru dan meminta pandangan dengan dia cara-cara untuk mengambil gambar.Dari sana aku mengenali DSLR,Aperture,Shutter Speed dan lain-lain.Dia selalu bercakap"Merangkak dulu,Jalan,baru lari"Ayat yang selalu keluar itu sering menjadi peringatan aku..kata-kata tersebut juga bawa dalam kehidupan aku juga...

Kini aku sudah boleh berdiri,tetapi aku tidak berani untuk mengambil gambar sorang-sorang.Dia bagi nasihat lagi "berdikari"itu kunci seterusnya.Dengan itu lahirlah keberanian aku untuk mengambil gambar.Tidak kira di mana aku,kamera tetap di hatiku di samping ku(aweks xbuat lak mcm ni)hahahha..

Da da..aku xnak puji dia lagi...hahaha....sejauhmana dia berada dia tetap SIFU aku,walaupun mulutnya laser,sharp shooter..aku juga menghormat dia sebagai orang memberi ilmu...sekian...layan gambar kat bawah lak...


Ni la Sifu aku...hahahahah...macho x?ahaha
.
.
.
.
.
.
Raja,Dato,Sifu...take care...huhuhu
.
.
.
.
.

Apa moti diorang buat mcm ni?hahahaha
.
.
.
.
.
Indahnya Alam,Sang Pencipta

Aku Bukan Layang-Layang



Air tasik berwarna hijau pekat. Tenang di permukaannya, namun di dasarnya tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Sekali-sekala terlihat kelibat sekumpulan ikan, mengusik ketenangan tasik. Berenang berkejaran sesama mereka, bebas bagai tiada apa belenggu yang mengikat.

'Owh, indahnya. Andai aku bisa berenang bebas ke sana-sini semahu hatiku.' Sempat aku berbisik sendirian. Sepi.

Suara kanak-kanak sedang bermain-main berjaya mencuri ketenangan. Aku tolehkan kepalaku, mengarahkan pandanganku ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang ketawa riang. Mereka seronok bermain layang-layang. Riak wajah terukir sejuta kebahagiaan, keriangan. Bagai tiada sebarang masalah tersemat di dalam kepala, tergalas di atas bahu. Indah dunia kanak-kanak. Zaman di mana diri belum kenal erti kehidupan.

"Kau tahu bagaimana caranya membuat layang-layang?" tiba-tiba suara lirih mengejutkan lamunanku. Aku tersentak namun berpura-pura tidak mendengar. Aku tidak menunjukkan sebarang reaksi, sekadar diam membisu.

"Kau tahu bagaimana caranya membuat layang-layang?" dia yang berdiri di sebelahku bertanya lagi. Suaranya ditinggikan lebih sedikit. Cuba menarik perhatianku seadanya. Aku mengerti.

Akhirnya aku menoleh ke arahnya. Mengukir senyuman untuknya.

"Mudah saja membuat layang-layang. Asalkan ada lidi, buluh atau kayu sebagai rangka, kertas, benang, gunting dan gam. Itu saja, kan?" Akhirnya aku membuka mulut. Dia menganggukkan kepalanya.

"Agak-agak kalau main tampal begitu saja, layang-layang tu boleh terbang tinggi ke?" Dia cuba menguji lagi. Tersengih memandang ke arahku.

"Ah kamu ini. Tentulah tidak boleh terbang. Layang-layang mesti seimbang, ringan, teguh ikatan dan tampalannya, barulah boleh terbang tinggi.." Aku menjawab lagi. Sekadar meneka mengikut logika akalku. Dia mengangguk-anggukan kepalanya. Entah apa tersirat di kepalanya, aku juga tidak tahu.

"Kau pernah main layang-layang?" Giliran aku pula bertanya. Jari jemariku mengutip dua ketul anak batu kemudian melontarkan batu-batu tersebut ke dalam tasik. Jauh.

"Mestila. Tengok oranglah.." Dia menjawab riang. Bangga barangkali. Aku mengukir senyuman. Menatapnya penuh minat.

"Andai kau layang-layang, agaknya kau bagaimana?" Soal aku lagi. Senyuman dia mati tiba-tiba. Dahinya berkerut-kerut bagai sedang memikirkan sesuatu. Aku pula yang tersenyum kini, gelihati melihat keletahnya.

"Kalau aku layang-layang?" Dia menyoal aku kembali. Matanya bulat.

"Ya, kalau kau layang-layang." Aku menyambung kata.

Dia di sebelahku memandang jauh ke depan. Mendongak awan. Menarik nafas dalam-dalam kemudian menghembusnya perlahan-lahan.

'Kalau aku layang-layang, aku berdoa agar tali yang mengikat aku kukuh, tidak putus.'

'Kalau aku layang-layang, aku berharap agar tubuhku tidak koyak atau rosak.'

'Kalau aku layang-layang, aku mahu angin sentiasa ada menolak aku ke atas.'

'Kalau aku layang-layang, aku ingin agar pemainku adalah yang terbaik dan terhandal.'

"Ah! Aku tidak mahu jadi layang-layang!" Panjang angannya, namun akhirnya kata-kata itu yang terluncur dari bibirnya. Aku terkesima menatap wajahnya.

"Kenapa?" Bagai si dungu aku bertanya kepada dia.

"Kerana layang-layang tidak mampu berdikari. Layang-layang hidup bergantung kepada yang lain. Layang-layang tiada pendirian dan kehendak. Layang-layang tidak selamanya di atas!" Keras suaranya menyatakan maksud yang tersirat di hati.

"Kau pernah lihat bagaimana keadaan layang-layang bila angin tiada?" Soalnya.

"Pernah kau nampak bagaimana layang-layang tersangkut pada dahan pepohon bila angin menggila atau talinya putus?" Dia bertanya lagi padaku.

"Kau pernah lihat layang-layang bila putus talinya?"

"Atau bagaimana keadaan layang-layang bila ekornya putus atau tubuhnya koyak?" Bertalu-talu soalannya menerjah otak fikiranku. Sepantas itu juga otakku ligat mencari jawapan. Sungguh. Jawapannya menyedihkan. Mengecewakan. Aku tunduk merenung rumput-rumput yang menghijau menghias taman.

Akhirnya aku mengerti.

Menjadi layang-layang bukanlah seindah rupanya.

Diambil dan berkongsi bersama di sini

Menulis lagi

Entah kenapa,minggu ni aku giat menulis balik...walaupun dalam keadaan yang tidak mempunyai idea yang banyak,tetapi hati ini terasa untuk menulis...kenapa yea?entoh la...aku cuma ingin rasa,tulis dan tulis,dan tulis je..mungkin itu cara aku untuk meluahkan perasaan aku?

Menulis sebenarnya bukan hobi aku sebenarnya,tetapi cuma untuk berkongsi apa yang ada dalam minda dan otak aku nih...mungkin tidak ramai yang suka menulis...itu terpulang kepada masing-masing...jiwa aku tenang sejak dua tiga hari ini...syukur kepadaNya kerana memberi aku peluang untuk bertenang dalam hidup ini...

Entah,dan kenapa,persoalan makin timbul di akal ku sekarang....hahhaa...sukar untuk mengekprestasikan perasaan ini.Sekarang aku mula fikir keadaan masa depan aku..apa yang aku yang akan aku lakukan selepas aku konvo nanti....

::p/s::xada idea sebenar..miahaha..tp xpelah..cukup untuk sekarang dulu....

SMS

Jumaat 15 Oct 2010...hari yang bagi aku untuk merehatkan minda selepas 1minggu berjuang dalam pembelajaran aku...hari ini juga bermakna bagi ku,kerana bukan sahaja negeri aku menang ke atas negeri lain dalam bola sepak,nanum aku terima PESANAN RINGKAS dari seorang guru bekas sekolah tempat aku menuntut ilmu dahulu..

Ye memang amat bermakna bagiku...seorang guru yang pernah ajar aku pelbagai ilmu,kini aku sukar untuk membalas bagi dia,tetapi guru aku tetap berhubungi aku...sedih dan menyesal berbuak-buak di dada ku...sedihnya aku menjalan seorang manusia di dunia ini,kerana aku lupa akan orang yang memberi aku ilmu pengetahuan..

Guru,maafkan anakanda kerana anakanda sibuk dengan pembelajaran kerana hingga sekarang amat jarang kita berhuhung..maaf keatas segala-galanya anakanda ucapkan....

Sedih,Sepi,Single

Yo,sorry la geng, sebab lama menyepi..maklumlah banyak kerja assignment nak buat..sampai nak p shooting pon xada masa...hahaha...apapun minta maaf erk yang sudi baca blog atau laman luahan kat sini..

So,apa cerita korang sekarang? sihat ke?hehehe...harap-harap semua sihat sahaja...aku pon xtahu la nak tulis pe kat sini..xada idea lagi nak tulis sebenarnya....nak tulis kisah cinta?kisah tips ambik gambar?atau isu2 semasa?hahaha...k la,aku tulis sal aku..tentang "cinta"hahaha...kalu bab cinta ni memang semua orang suka kan?sape xsuka cinta cintun nih?cuba angkat kaki?hahaha....jgn angkat,aurat ternampak kang...hahahhaa.....

Kisahnya......

Sekian lama jalin hubungan dengan dia*kot ,makin hari makin "sejuk" je hubungan aku dengan dia. Kenapa?entohla...aku selalu setkan diri aku keadaan positif, tak suka dengar-dengar gosip dari kawan-kawan. Ye la kan,kalu nak duk sekali kena saling percayaai..tp AWAS kawan-kawan,kalu terlampau percaya kat dia memang "nahas"kita nanti.Bukan apa,takut last-last ikot orang lain lak,kikis kita sampai habis sara kat orang lain...tp keadaan aku tidak la sampai tahap tu lagi*kot..Hanya tuhan yang tau sahaja.Biarlah aku buat yang terbaik untuk dirinya.

Kadang-kadang aku terfikir,adakah aku ni tengah bercinta sebenarnya?atau hanya aku di fantasi sahaja?makin lama makin aku tak tahu nak jawap..biarkan je?apa pandang korang?

Aku rasa lebih baik aku hidup sendiri,daripada menyusahkan diri aku tentang hubungan ni. Nak cari lain pon,muka xhensem,miskin,xbijak...tp aku bersyukur dengan diri aku sekarang.Aku tau aku buat yang terbaik di dunia ni.xnak sakit hati sape2 lagi.biarlah mereka nak kutuk aku sekali pon,aku yang tau diri aku sebenar. Kalu ada orang tegur di mana silap aku,aku hanya ambik sebagai pengajaran.Dulu aku memang sensitive,senang marah,simpan masalah,kini aku cuba sebaik yang mungkin.betulkan diriku balik...Cinta aku?lepas atau tidak?ikot hati memang nak lepas da..malas da nak fikir apa2...so,jawapnya,single la aku.....haha..xpe2..jodoh xkan kemana betul x?hikhik....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants