Malas nak update...

Hahaha...malas nak update blog sebenar..bukan apa,malas nak fikir idea-idea untuk menulis kat sini...tetapi disebabkan permintaan ramai..saya pun update la blog ni..

Sejajar dengan tajuk saya,erti kehidupan,apa yang dimaksudkan erti kehidupan??semenjak kita lahir di dunia ini,pernah kita mengerti apa itu kehidupan?selepas kita berada di perut emak kita,kita sudah berada di dunia kandungan mak..selepas ditiupkan"roh" ke dalam jasad kita ,kita mula menlangkah di dunia ini..kehidupan kita ada masam dan manis(kadang2 pedas pun ada)

Semasa kita berada alam kanak-kanak,kita tidak pernah fikir apa masalah yang kita buat,apa yang kita tidak harus buat,kita tidak risau apa-apa..tetapi semakin kita meningkat dewasa kita mulai fikir apa masalah yang dihadapi..banyak merungut tentang masalah dihahapi...kita tidak banyak bersabar,sikap terburu-buru melakukan sesuatu perkara...
" Dan, bersabarlah dalam menunggu keputusan Tuhanmu. Maka sesungguhnya kamu berada dalam pengawasan kami"surah al thur ayat 48

Makin hari makin kita menjadi,dah mula fikir benda-benda pelik,biaslah sikap ingin tahu..sikap tersebut memang bagus..tetapi seharusnya ada batasan bukan bebas...keluar kata-kata lucah,keluar kata-kata kesat?keluar kata-kata fitnah atau mengumpat??tidak sedarkah kita sedang dilihat oleh malaikat kiri kanan kita?Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat
itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina,
apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
dan Ibnu Hibbad)

Hidup?untuk siapa kah kita hidup di dunia ini??kita hidup untuk kita di akhirat...
Kesakitan, kesepian, hidup dan mati, sentiasa berlegar-legar sekeliling kita. Tiada siapa antara kita yang hidupnya bebas dari masalah atau kesulitan. Orang kaya dengan masalah mereka, orang miskin juga ada masalah. Orang bijak dengan masalahnya dan orang bodoh pula dengan masalahnya yang lain pula. Ah~ Pendek kata, semua dari kita pasti ada masalah masing-masing...

Kita ada diri kita,kita untuk diri kita,kita tahu diri kita...Allah akan tunjuk kebenaran jika itu benar,dan Allah akan tunjuk balasan jika kita masih lalai di dunia ini

hidupku

Sekian lama saya menyepi,akhirnya saya kembali untuk menulis blog disini...Maaf kepada pembaca-pembaca saya sebab sudah lama saya tidak meng"update"kan laman blog ini...

Sejak keberlakangan ini,saya agak sibuk disebabkan exam sudah nak dekat,so kena lebih gigih lagi untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang.Dalam minggu lepas,saya juga sibuk dengan pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar(MPP) yang juga memberi kesan saya untuk meng"update"kan blog..

Sepanjang pemilihan itu,banyak perkara yang saya dapat diperlajari di dalam university ini.Walaupun saya kalah dalam pemilihan,saya tetap akan berdiri teguh untuk menolong kawan-kawan saya yang ada masalah di sini.

Dalam pada itu juga,saya juga menghadiahkan sepasang"hamster" kepada seorang insan yang saya kasihi.Dia amat sukai dan gembira..hehe....Saya juga keluar:"outting" ke pusat bandar untuk mengambil gambar dengan abang-abang senior dan saya memperoleh banyak tunjuk ajar dari sifu saya..thanks my sifu...

k la..kepada member-member yang akan menduduki peperiksaan minggu ni,good luck..wish u guys all the best...

::Sebenar banyak agi citer nak bagi tau...tp malas nak menaip takut kejang otot kat tangan::

Qis and Nic 2-Akhirnya Hilang

......Dari hari ke hari,akhirnya nic sudah mengetahui akan jawapan yang bakal akan diterima olehnya..kini nic hanya boleh terima dengan keputusan itu dengan hati yang terbuka.Nic tetap menghormati keputusan yang dibuat oleh Qis.

Semasa Qis balik ke kampung halamannya,sejak itu Nic sudah rasa akan masalah yang bakal akan berlaku.Sudah dua hari nic tidak mendapat balas daripada Qis.Selepas cubaan dan cubaan,akhirnya

Qis membalas mesej Nic.Mesej yang terkandung bahawa Qis tidak dapat terima Nic,dan Qis berkata jika takdir menentukan mereka bersama,maka mereka akan bersama.Mesej tersebut telah melukai Nic,walaupun Nic sudah tahu akan berlaku,tp Nic tetap terima keyataan tersebut.Nic tidak sangka bahawa keputusan yang Nic jangka bergitu cepat.

Kini Nic dan Qis hanya dapat terima sebagai kawan.Qis tidak dapt buka pintu hatinya,kerana Qis risau akan perkara yang akan berlaku dirinya lagi.Nic harap Qis dapat mencari calon yang lebih sesuai untuknya.Nic berdoa akan kebahagian untuk Qis.

::P/S:: kita boleh ubah takdir jika kita berusaha untuk mengubah.
Cerita diatas hanya direka semata-mata tiada kena-mengena dengan hidup dan mati

Air mata

Sudah dua hari dia tidak membalas mesej saya...saya tidak tahu apa kesalahan yang saya telah buat...hari ni,saya terdengar music dari laptop saya-Baik baik sayang, air mata saya terus keluar..memang tidak wajar seorang lelaki mengeluarkan air mata. tapi perasaan saya tidak boleh dikawal...saya hanya tidak pernah minta apa-apa darinya...hanya satu yang saya harap,cuma tidak mahu dia melayan saya sedemikian...saya sudah perit dengan keadaan macam ni...apa yang salah tidak tahu punca,dan tidak ingin bagi tahu..walaupun minda saya sentiasa berada tahap positive,tapi kadang-kadang kita masih sukar mengawal..ya tuhanku,lapangkan dada aku ni,tenangkan hati aku ni...jauh kan diriku dari syaitan....saya cuma mengharap kamu dapat membalas pesanan ringkas tu je....jaga diri baik-baik...

Sabar..

Entah apa nak tulis kat sini da...sebab out of idea...hikhik..
tak apa..lepas ni kena ambil ilham untuk menulis...hikhik...
sekarang otak "jam" x tau apa yang ada fikiran saya sekarang...huhu..
diharap peminat setia harap bersabar ye..hehehe....
nanti ada ilham tulis citer yang best2....k la.....
all the best my friends..nak chow dulu p ambil ilham kat tandas lak...kahkah....

Lirik Baik Baik Sayang - Wali

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants