Cara-cara mendapat penganpunan dari Allah Swt dalam bulan ramadhan

Para ulamak dan solihin terdahulu bersiap menunggu kedatangan ramadan bagi tujuan mengharapkan keampunan allah pada sepanjang ramadhan.Semoga ramadan tahun ini lebih bermakna dari ramadan yang sudah-sudah.

Antara cara-cara yang mereka lakukan:

1- Berdoa agar allah s.w.t menyampaikan kita kepada ramadan ini dengan sihat sejahtera,supaya dapat kita jalani ibadat puasa dengan cergas dan sempurna.Sabda rasulullah s.a.w:

“Anas bin malik r.a meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w apabila masuk bulan rejab baginda berdoa:

Ya-allah !, berikanlah keberkatan kepada kami disepanjang bulan rejab dan sya’aban dan sampaikanlah kami kebulan ramadan”

Bersyukur kepada allah s.w.t apabila sampai kepada bulan ramadan,bergembira dengan kedatangan ramadan.Rasulullah s.a.w setiap kali apabila tiba ramadan memberitahu para sahabat berita gembira itu.Merancang dan membuat jadual harian ibadat.Berazam mengambil kesempatan sepenuhnya untuk beribadat sebanyak mungkin.Firman allah s.w.t:

“……maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada allah (dengan mematuhi perintahnya), tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka”.

(Muhammad 21)

Mempelajari hukum-hukum dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan ibadat puasa,agar ibadat puasa itu dapat dijalankan dengan betul dan diterima oleh allah s.w.t. Berazam meninggalkan segala maksiat,bertaubat dengan taubat yang bersungguh-sungguh,ramadan adalah bulan bertaubat.Menyediakan diri dari segi rohani dan jasmani,dengan membaca bahan-bahan bacaan mengenai ibadat puasa atau menghadiri majlis ilmu dan tazkirah disurau atau masjid.Bersedia untuk menyertai apa-apa program dakwah sepanjang ramadan seperti memberi ceramah atau tazkirah pendidikan,menyebar risalah-risalah ramadan dan lain-lain lagi.Membuka lembaran hidup baru dalam bulan ramadan,iaitu:

- Membanyakkan bertaubat kepada allah s.w.t, dengan mentaati ajaran rasulullah s.a.w dan menjauhkan larangannya,dengan meningkatkan hubungan silaturrahim sesama saudara-mara dan keluarga,dengan berbakti apa cara jua pun kepada masyarakat.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Apa pula Ramidi (Ubat) yang dapat memberi suntikan semangat kepada kita supaya dapat kita jalani puasa dan ibadat ramadan dengan penuh kecergasan,agar kita tidak kehabisan tenaga, tidak patah semangat ditengah perjalanan dan tidak tersungkur ditengah musim atau dihujungnya?. Mari sama-sama kita hayati perkara-perkara berikut”

Pertama- Ikhlas dalam menjalani ibadat puasa kerana allah s.w.t.Ikhlas adalah kunci penerimaan semua ibadat dan taufik ilahi.Firman allah: “Pada hal mereka tidak disuruh melainkan supaya menyembah allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadanya……”

( Al-Bayyinah ayat 5)

Kedua - Sedar bahawa ada pahala yang tersangat banyak menunggu orang yang berpuasa,antaranya:

- Puasa akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa dihari kiamat supaya dapat masuk kesyurga.

- Disyurga ada satu pintu dinamakan Ar-ryan,hanya orang yang berpuasa sahaja dibenarkan masuk kesyurga melalui pintu itu.

- Puasa ramadan menghapuskan semua dosa sebelumnya.

- Dibulan ramadan semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup.

- Doa orang yang berpuasa tidak ditolak oleh allah s.w.t.

Ketiga - Mengetahui keberkatan bulan ramadan,antaranya:

- Dapat merasai kekuatan iman bagi mereka yang berpuasa.

- Dapat merasa kekuatan jasmani walaupun tidak makan dan tidak minum sepanjang hari.

- Dapat merasa keuntungan masa, sehari beramal dalam bulan ramadan rasanya tidak tertampung oleh amal seminggu dalam bulan yang lain.

- Keberkatan bulan ramadan, kerana bulan yang telah diturunkan padanya al-quran.

4- Mengetahui kelebihan khususnya bulan ramadan,antaranya:

- Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari bau kasturi disisi allah s.w.t.

- Malaikat beritigfar untuk orang yang berpuasa.

- Allah s.w.t menghiasi syurganya setiap hari dalam bulan ramadan.

- Malam al-qadar yang pahala dan berkat ibadat padanya melebihi seribu bulan,dibulan yang lain.

- Pengampunan allah s.w.t kepada orang yang berpuasa dimalam terakhir ramadan.
5 - Mengetahui usaha para sahabat dan para solihin terdahulu dalam melakukan ketaatan disepanjang ramadan.

- Mereka mengetahui kelebihan bulan ramadan dan berusaha dengan penuh daya menghidupkan malam-malamnya dengan melaksanakan solat sunat terawih,solat witir,membaca dan bertadarus al-quran.

- Mereka berjuang menegakkan agama allah

6 - Mengetahui ramadan adalah bulan menguji kesabaran.

Sangat beruntunglah mereka yang berjaya dalam ujian itu.

1 comments:

Richardcqz said...

bayok doh oh. bule ramadhan poso boleh doh, boleh dapat pengampunan doh. lagi, rayo dapat pengampunan ibu bapa.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants