sedarkah?

Baru bangun dari tidurku..sungguh lena tidur aku tadi..mungkin semalam aku tidak cukup tidur dan hari ini aku pula sibuk menghadiri kenduri sebelah mak aku. Penat tidak mengapa. ini lumrah hidup,mencari rezeki. yea, aku mencari rezeki lebih. kerana aku jarang meminta wang dari kedua ibu bapa aku,walaupun aku,asal dari keluarga yang agak berada. Aku mencari erti hidup aku yang semakin hari semakin sibuk,kosong dan terasa tidak ada apa2 nilai dalam hidup ini..

Tergerak hatiku ini,membaca buku ilmiah,seperti agama. Sejujurnya,aku meletakkan agama dihadapan,biarlah kawan-kawan aku merasa aku ni mcm "poyo". ini aku dgn Tuhan. bukan dgn hambanya..Di sini aku ingin menulis kerana aku lihat di "news feed" dekat fb atau twitter laman2 sosial,tentang gaza, Ingin aku melemparkan soalan,adakah kita prihatin sepenuhnya terhadap rakyat di gaza yang kecam oleh israel?kenapa aku lempar soalan tersebut? aku tertanya-tanya,adakah rakyat di malaysia adakah bermusim-musim?yea bila kita dgr jer pasal bom di palestin, terus kita marah,terus kita memaki terhadap israel. Namun demkikan selepas beberapa hari atau minggu,aku percaya, semua ini akan diam buat sementara,ini hakikat,yang aku lihat di sini..kalau kita benar-benar ingin melawan israel,lawan dgn betul-betul,boikot? boikot mcm ne?x pergi beli mcD?barangan buatan israel?yea itu salah satu cara,tetapi lagi elok kalau kerajaan terus sekat product mereka masuk ke negara ini,dan kerajaan harus putus hubungan dagan dengan israel atau Amerika. harus ingat sahabatku sekalian,jangan kita cepat tergadah,kalau pemimpin kita masih lagi "pengecut" tidak berani melawan,jangan sebut anda itu pejuang.

p/s::Aku juga insan yang lemah seperti kau. Aku sentiasa berdoa untuk kita. Kau juga, jangan pernah berhenti berdoa dan berharap dari Allah swt.. Dia Maha Mendengar.. Dia Maha Mengetahui..

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants