Template For Blogspot

Sakit pale nak buat template blog baru?hahaha..usah risau. Aku akan recomment yang top download template yang terbaru. Template sini senang je,just download then pasang..senangkan,kalu nak advance sikit edit code HTML dia...selamat muat turun yea...





Beribu makna sekeping gambar

Sudah lama ak xupload gambar kat sini.hahaha...tergerak hati ak nak upload..sekarang sibuk..jarang nak p ambik gambar..hehehe..pepon enjoy sahaja gambar bawah yea...hehehehe....

monotone...black and white


landskaping...tokina 12-24...my new baby....

Macro Photography..

anak buah aku...hahahaha...

walaupun xsama..tp hidup bersama...=(

monotone again...Black and white..

p/s:: semua gambar ini diambil dua minggu yang lepas....enjoy sahaja......

Aku bukan Mahasiswa Sahaja

Bahang Pemilihan Majlis Pewakilan Mahasiswa sudah selesai, pertama kali saya melihat begitu hebat dan meriah di Universiti saya berusia 4 tahun ini. Kalu ikut lumrah manusia,4 thn hanya seorang kanak-kanak yang baru belajar bejalan dan berlari..serta baru sahaja ingin bertutur kata. yea,walau universiti masih baru, tetapi tidak mustahil juga Mahasiswa akan bangkit untuk menegakkan Mahasiswa. Di universiti saya sudah wujudnya Pro-Mahasiswa atau dikenali Pro-M,saya salah seorang aktivis tersebut. Sebenarnya masih belum ramai yang tahu tentang apa agenda sebenar Pro-Mahasiswa.Pro-Mahasiswa adalah untuk perjuang kan hak seseorang mahasiswa yang bukan terikat dibawah AUKU.Kami ingin bebas,ingin bersuara,Bukan kita dicucuk ke hilir dan hulu.

Kami Mahasiswa ingin bebas bersuara,memberi pandangan,memberi resolusi.kami juga boleh berhujah,beridelolisme..tolong jangan label kita sebagai pembangkang..kita bukan ditaja oleh pihak luar atau parti luar..kami tidak mahu pencampuran parti-parti politik. Kami hanya mahasiswa yang berideologi sahaja.Tidak salah sekiranya mahasiswa ingin bersuara kerana kami juga rakyat malaysia dan termaktub dalam perlembagaan.Deklarasi Hak Asasi Manusia dalam artikel ke-19 dan ke-20 menyatakan hak seseorang untuk bebas bersuara dan hak untk berhimpun serta berpersatuan. Sementara itu, Perlembagaan Persekutuan dalam artikel ke-10 juga member jaminan kepada hak individu untuk berkumpul dan bebas menyatakan pendapat.

Bak kata orang tua-tua,melentur buluh biar dari rebungnya.Saya memang setuju dengan statement ni.Apabila kita nak buat sesuatu,mesti dari bawah dan baru lagi.Tidak akan kita akan menunggu dari Universiti sudah lama,negara da lama mederka baru kita nak bangkit.Ini bukan cara kita berfikir seharusnya kita harus dari baharu lagi untuk mula perubahan bukan sudah tunggu 10thn,20thn baru kita nak berubah.

STUDENT POWER!!

Perjuangan Bukan Separuh Jalan..

Puisi ini tentang perjuangan
Perjuangan yang tidak pernah luntur
di sudut hati seseorang perjuang.
Seorang perjuang berjuang dengan sepenuh hati
tidak kira masa,tempat diteruskan juga untuk berjuang.

Erti lelah,sakit,penat,tidak pernah diungkapkan,
berjuang dengan amanah,tabah,dan usaha,

Biarpun ribut mahupun taufan
Jangan goyah usah gentar
Paksikan kukuh ke jiwa
agama menjadi pedoman.

Oh!Perjuangan
Aku sangat tabah menghadapimu,
Kamu memberiku ispirasi dan ideologi
Kamu memberiku hidup yang lebih matang.

Kata bijak pandai lagi, hari semalam adalah sejarah,
hari esok adalah mimpi dan hari ini adalah realiti,
hadapinya sebaik yang mungkin kerana sejarah tak mungkin kembali,
hari esok belum pasti milik kita.

Berjuanglah dengan sepenuh hati,
usah gentar usah takut usah diam,
bersuaralah dengan bersemangat,
bersuaralah dengan idealisme.

Perjuangan kita bukan di sini,
bukan untuk di dunia sahaja,
malah untuk dunia akhirat juga.
Jangan kalah usah mengalah
Berjalanlah jangan berhenti

Walaupun bukan

tiba-tiba hatiku berasa panas bila tgk video yang diupload oleh salah seorang rakan sepejuangku..video tentang demotrasi anti mubarak....kenapa kita berdemo??kita berdemo kerana ingin pihak kerajaan cuba menyelamatkan mahasiswa/i di mesir...apa salah kita wahai kerajaan?apa salah kita??kita menentang untuk menengakkan keadilan/islam...kenapa perlu layan kita seperti kanak-kanak bawah umur?kita sudah sedar...kita sudah ingin bangkit..kita ingin bebas...kita tidak mahu di bawah kuku besi....ingin rakyat malaysia juga akan bangkit sekiranya terus ditabir oleh kerajaan sebegini...kita bukan pemberontak..tetapi kita hanya ingin berubah.....berubah untuk ke arah kebaikan bukan untuk menjadi seperti kroni-kroni yang melingkupkan pemikiran-pemikiran seseorang rakyat.....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants