Kekasih Allah

Selepas kau pergi...

Selepas kau pergi,
tinggallah disini kusendiri
Ku merasakan sesuatu,
yang t’lah hilang di dalam hidupku

Dalam lubuk hatimu,
ku yakin kau pun sebenarnya tak
inginkan lepas dariku,
tahukah kau kini ku terluka


Bantu aku, membencimu,
ku terlalu, mencintaimu,
dirimu begitu,
berarti untukku..

Kau telah mencinta,
dan dicintai kekasihmu,
ini tak adil bagiku,
hilanglah damba tinggallah hampa

Lupakan ku, dalam tidurmu,
yang pernah, mencintaimu
kau memang tercipta,
bukanlah untukku....

KBKK

KBKK??tahu kah apa itu KBKK??KBKK ialah Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis..macam mana nak berfikir secara Kreatif dan Kritis??\

Berfikir:
Proses penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea,membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses pemikiran yang dialami.
Pemikiran Kreatif

Kategori ini memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi dan kreativiti pelajar untuk mendapatkan idea - idea baru,banyak dan pelbagai.


Pemikiran Kritis:

Kategori ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk kefahaman yang jelas, kukuh dan

bermakna.

Tingkahlaku berfikir.


Anda ingin melakukan sesuatu :-

a. Ingin lakukan cara lama atau baru ?
b. Ingin lakukan lebih baik dari dahulu ?
c. Berapa lama untuk melakukannya ?
d. Bilakah ia harus disiapkan ?
e. Adakah orang lain akan membantu untuk melaksanakannya ?
f. Apakah akan terjadi selepas melakukannya ?
g. Apakah kebaikannya ?
h. Apakah keburukannya ?
i. Apakah manfaatnya ?
j. Adakah cara yang lebih mudah melakukannya ?

k. Apakah pilihan lain untuk tidak melakukannya ?
l. Apakah kesan jika tidak melakukannya ?
m. Apakah bahan dan alatannya ?
n. Adakah cara yang lebih cepat ?
o. Adakah cara yang lebih mudah ?
p. Adakah cara yang kurang kesilapan ?
q. Adakah cara kurang kekangan ?
r. Akah akan terjadi selepas melakukannya ?
s. Apakah hasil yang akan terjadi ?


Kita jangan terkejut bahawa kanak-kanak juga boleh berfikir lebih matang daripada seorang dewasa..malah kanak-kanak juga boleh berfikir dengan idea-idea yang lebih bijak dan memberi pandangan...Oleh itu,sesuatu pemikiran tidak harus dihukum dari umur....

Tolong ingatkan aku

Tolong ingatkan aku,
Andai aku terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan aku,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan aku,
Supaya ingat pesan guru,
Bukan sekadar peringatan,
Tapi tarbiyah berpanjangan.

Tolong ingatkan aku,
Dengarlah dan bacalah al-Quran,
Tika radio penuh nyanyian,
Tika televisyen penuh hiburan.

Tolong ingatkan aku
dimana Islamnya zahirku,
jika aurat didedahkan,
disingkat diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan aku,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan aku,
Kalau bercinta biarlah kerana-Nya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan aku,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga disana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan aku,
Diri ini milik Yang Kuasa,
Kepada-Nya jiwa diserahkan,
Segalanya Dia-lah tumpuan..

::P/S http://amyrarh87.blogspot.com/::

Snap Shot from CNY

::Kelantan Local Food::Kaw Jam::

::kat rumah saudara,tapi time ni nak balik da..hehe=P ::

::Semasa perjalanan ke rumah saudara::


::Masa Tahun Baru Cina...My Cousin and Sibling::

Wahai air















wahai air,kamu sangat penting dalam kehidupan kita...kenapa kamu sangat penting kepada manusia..tanpa air,manusia tak akan hidup..manusia tanpa harta dapat hidup,manusia tanpa air akan mati....

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Wahai air kelantan,sampai bilakah kamu mahu "membaiki" enjin dan paip yang rosak??
Tidak ada peruntukan yang lebih kah untuk membeli lebih enjin??
Sudah 4 hari kita tidak mempunyai bekalan air yang sempurna...
Walaupun air yang dibekalkan hanya dari air yang ibarat air kumbahan...
Wahai air kelantan,kamu sudah mencemarkan namamu dengan halus...
Kami tidak mungkin lagi mengundi pihak pembangkang lagi
yang hanya mengeluarkan kata-kata sahaja...

Tahukah anda

Tahukah anda
Dunia semakin sempit
Dunia semakin dekat dengan kiamat..
Dunia semakin menuduh antara satu sama lain

Tahukah anda,
Apa yang kita hadapi kita di dunia ini??
Apa yang harus kita lalui dalam hidup ini??
Apa yang berlaku sekarang??

Tahukah anda?
Gejala Sosial berleluasa??

Wahai insan,
insaf lah..dunia makin dekat kiamat..
bertaubatlah sebelum anda dicabut nyawa..subanaAllah...

Kehebatan Politik

Wahai politik,
kerana kamu,negara hancur,
kerana kamu,berlaku pernindasan,
kerana kamu,kita terseksa,

Politik,
kamu wujudkan rakyat kelas-3
kamu belakah nasib rakyat?
kamu hanya main-main.

Wahai Politik,
kerana kamu,kita sibuk cari kuasa,
kerana kamu,kita sibuk cari wang,
kerana kamu,kita sibuk berasuah.

Politik,
Negara barat tengah ketawa kita,
Negara barat anggap kita bodoh,
Negara barat capai cita-cita mereka.

Wahai Politik,
Belalah nasib benda yang sepatutnya
Berjuanglah atas yang betul,
Berlaku lah keadilan,
Ingatlah di Akhirat nanti....

Ibuku Tersayang

Kerja pagi sampai malam,malam sampai subuh..itulah hakikat kehidupan di dunia ini..Kerja untuk mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.Dengan petang matahari yang mendung dan angin sepoi-sepoi melalui tingkap aku,aku terasa nyaman dan tenteram.Aku rehat sebentar sebelum meneruskan kerja aku.Lalu aku termenung ke arah tingkap yang berhampiran dengan meja kerja saya.Saya terlihat suasana langit yang kemerahan dan cantik.Hatiku berucap "SubanAllah"inilah kecantikan yang Sang Pencipta untuk kita,pernahkah kita menghayati dengan ikhlas?aku terus termenung,dan lagu yang dipasang membuat aku teringat zaman kanak-kanak.aku terus menghayati lagu tersebut..

"Aiman,oh Aiman...datang sini Nak" ibuku memanggilku...saya meletakkan pensel sebelum aku meneruskan kerja sekolah yang cikgu bagi semasa di sekolah tadi.Kehidupan keluarga aku sederhana,kais pagi makan pagi,kasi petang makan petang.

"ye mak?" jawapku."ada apa mak"sambunganku lagi..

"Tolong mak picit belakang ni Man,Mak rasa tak sedap badan lar"

"Ok,no problem"jawapku dengan ketawa-tawa.

"Man,man buat apa kat bilik tu?"ibuku bertanya sambil menghayati saya mengurut...

"Buat kerja sekolah mak"jawapku dengan ringkas.

"Oh,bagus la Man,Man kena belajar rajin-rajin tau,orang yang berilmu sahaja yang dapat menghadapi cabaran di dunia ni,jangan malas!orang malas orang rugi.."ibuku menasihatku,pada masa itu,aku masih belum matang,tidak faham apa yang ibuku cakap.

"Ye Mak"jawapku dalam keadaan kebingungan.

*******************************************************************
Lima tahun kemudian,kini aku berada di sekolah menengah,pada masa itu,aku tidak macam dahulu lagi yang sering belajar dan berhadap dengan buku.Kini aku berubah menjadi malas,selalu ponteng sekolah,melanggar disiplin sekolah..Akhirnya pihak sekolah menghubungi keluarga aku.Ibuku datang ke sekolah,pihak sekolah melaporkan semua perkara yang saya lakukan di sekolah ini kepada ibuku.Ibuku hanya berdiam dan tidak bercakap apa-apa,mungkin ibuku malu dengan tindakan aku..

Di rumah,ibuku hanya berdiam dan tidak berkata-kata.Aku berasa salah kerana selama ini Ibuku sebagai pemberi nasihatku dan penyokongku selain daripada adik-beradik walaupun sudah lama aku dan adik-beradik tidak dapat merasa kasih sayang dari seorang bapa.Aku berasa sedih..

"Mak rasa kecewa Man."Ibuku berucap keadaan dengan nada yang sedih.Pada masa itu,aku hanya berdiam diri.

"kenapa Man buat macam tu,kenapa!?Man tahu tak bahawa Man telah lukai hati mak,Mak betul-betul kecewa."sambungan mak lagi.

Pada masa itu,dengan tiba-tiba aku berasa marah dan terus keluar dari rumah.Aku tidak menghiraukan laungan Ibuku,aku terus membonceng motosikal dan terus keluar dari rumah.Aku tidak tahu mana hala tuju aku,dengan pintas aku menuju ke rumah kawan baik saya;Halim.

"Kenapa dengan awak ni Man,awak lari rumah ke?"Halim bertanya.

"Emmm....."aku hanya berdiam diri.

"Kenapa ni Man,apa masalah kamu ni?"Halim bertanya lagi

"Mak aku marah aku,aku tak tahan terus keluar dari rumah"jawapku dengan marah.

"Astaqfillahazim,Man...bawa berucap Man,kamu tahu,tapak syurga kita di bawah ibu kita Man"Halim memberi nasihat kepada aku.

"Jap lagi aku balik ar"jawapku dengan ringkas.

Tuuuuttt....ttuuuuutttt.....tttuuuuuuutttttt.....telefon bimbit aku berbunyi lalu aku jawap.

"Ye,adik ada apa?"

"Bang....bang.......mak........"

"Ada apa adik?bertenang dik"pintaku..

"Bang,mak...mak....masuk hospital"

Saya terdiam dan tidak percaya,saya terus pergi ke hospital tersebut.

"Apa yang berlaku ni"tanya saya kepada adik

"Masa abang lari dari rumah,mak bimbang lalu mencari abang dan semasa berada di simpang jalan lalu dilanggar oleh sebuah kereta ...."jawap adikku..aku terdiam dan tiba-tiba rasa aku derhaka kepada ibuku dan aku tahu yang aku berdosa besar,lalu saya teringat nasihat dari kawan baikku.Aku berucap beberapa kali.

Sudah 4 jam Ibuku berada bilik kecemasan.Hatiku tidak tenang,hujan di luar sana terus lebat membasahi bumi,nanum lebat lagi air mataku mengalir.Berkali-kali aku cuba memujuk diri, beristighfar. Berulang-kali menyebut nama Allah, kalimah suci Tiada Tuhan melainkan Allah...Aku sembahyang dengan meminta ampun dari Allah,Ya Allah sesungguhnya Kamu Maha penyayang dan Maha pengasih,ampunilah dosa-dosa aku,selamatkan ibu..amin.

Selepas beberapa jam kemudian,akhirnya doktor keluar dari bilik kecemasan,doktor berasa terkejut kerana dengan keadaan mak aku sebelum ni parah,kini kembali ke stabil dan berada tahap selamat.Aku terus berucap,dan terima kasih kepada Allah SWT kerana memberi peluang sekali lagi.Masa masuk ke bilik,aku terus minta maaf dengan Mak.

"Mak,minta maaf...Maafkan Man..Mak"ampunilah Man,Mak.

"Man,tiada seorang ibu yang marah kepada anaknya"Jawap mak dengan senyum..

Tuuuuuuuutttt..........tuuuuuuuuuuuutttt...............tuuuuuuuuuuuuuuutttt...
Aku tersedar dari lamunan tadi..Lalu jawap telefon.

"Hello Man,malam ni Man balik rumah makan tak?"

"Balik,jap lagi Man sampai ye Mak."
**********************************************************
Ibu Bapa kita tiada ternilai daripada harta benda di dunia ini.Hargailah dan menyayangilah kedua ibu bapa kamu.Jangan sesekali derhaka dengan Ibu Bapa kamu.
Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api neraka. Firman Allah bermaksud: "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa." (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)

Cinta terakhir

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita…

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu

Tiada tara didunia…

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir…

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan….

::P/S Ingin ku tuju kepada orang yang ku sayang buat selama-lamanya::

Kehebatan bersedekah

Apabila dari rumah Rasullullah S.A.W,Ali menemui Fatimah,isterinya,
"Wahai wanita mulia,apa kamu mempunyai makanan untuk suamimu?"

"Aku tidak mempunyai apa-apa"jawab fatimah lembut.

"Salman memberi aku enam dirham sebagai upah memintal.Aku akan belikan makanan untuk Hasan dan Husin."

"Biar aku sahaja yang pergi membeli.Mana duitnya?"kata Ali

Di tengah jalan,Ali bertemu lelaki yang mengatakan,"Siapa yang mahu meminjami Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati janji?"Tanpa berfikir panjang,Ali menyerahkan duit enam dirham itu kepadanya dan pulang dengan tangan kosong. Si isteri yang mengetahui perkara itu hanya mampu menangis.

"Wahai wanita mulia,kenapa kamu menangis?"

"Ali,kamu pulang tanpa membawa sesuatu?"

"Aku meminjamkan duit itu kepada Allah."

"Baiklah kalau begitu.Aku menyokong tindakan kamu."

Tidak lama kemudian,Ali berangkat meninggalkan rumah kerana mahu menemui Rasulullah S.A.W.Di tengah jalan,dia dihampiri lelaki Badwi yang sedang menuntun unta."Abu Hasan,belilah unta ini"

"Aku tidak ada duit"jawab Ali

"Kamu boleh membayarnya bila-bila masa sahaja"

"Berapa harganya?"tanya Ali

"Tidak mahal.Seratus dirham sahaja."

"Baiklah,aku beli."kata Ali,yang kemudiannya meneruskan perjalanannya sambil menuntun unta itu.Baru beberapa langkah dia berjalan,seorang Badwi lain menghampirinya.

"Kamu mahu menjual unta itu?" tanya Badwi itu.

"Ya"

"Berapa harganya?"

"Tiga ratus dirham"

"Baiklah aku beli" Kata Badwi lalu mengambil tali pengikat unta dan memberikan 300 dirham kepada Ali.Ali segera pulang ke rumah lalu menceritakan kisah itu kepada Fatimah

"Apa yang kamu bawa itu?"tanya Fatimah.

"Wahai puteri Rasul,aku membeli unta berharga 100 dirham dan bayarannya boleh dibayar kemudian.Unta itu kemudiannya aku jual dengan harga 300 dirham."

"Subhanallah,"kata Fatimah.

Selepas itu,Ali segera pergi menemui Rasullulah S.A.W di masjid.Melihat Ali memasuki masjid,beliau tersenyum.

"Abu Hasan,tahukah engkau siapa Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta itu tadi?"tanya Rasullulah S.A.W

"Tidak,"jawab Ali sambil mengelengkan kepalanya,"Allah dan Rasullullah yang lebih tahu."

"Berbahagialah kamu,kamu memimjamkan enam dirham kepada Allah.Allah memberi kamu 300 dirham,"kata Rasullulah S.A.W.Beliau menyambung lagi,"Badwi yang pertama adalah Jibrail dan yang kedua adalah Mikail.

..........................................................................................................................................................................

Allahu Akbar! Kita tidak lagi mempunyai alasan bagi mengelak daripada memberi sedekah.Begitulah mukjizat sedekah.

::P/S "Sesiapa yang mahu doanya terkabul ataupun dibebaskan daripada kesulitan,dia perlu membantu dan mengatasi kesulitan orang lain," Hadis Riwayat Ahmad.

Counting his day

5 days to go..i very excited waiting its...you guys know why?because my holiday is coming..i miss my home town even though it not far as from my university...huhu...and also cant waiting CHINESE NEW YEAR!! yeah...Hey Guys,come my house k..this year i do open house,but small only...hehehe....miss my old mate,miss my secondary teacher...huhu....and many too...i don't want to explain my feeling now..cz its too exciting...huhu...And i also feel sorry to my "Kelab Keusahawan Mahasiswa" because i cant help them in coming soon program"KARNIAWAN" but anyways if i done early then i will try rush coming here to help u guys...thanks for understanding me my friends...k,waiting next post ya...keep it touch my friends...good luck...

Is That Money Important To Us?

Survive for money or money for survives? Is money really that important? Why are people so obsessed with money? Is it because we feel we need it to survive? What's Money got to do with it? We now believe that without money we would not survive, when in fact we can't eat it, wear it, go anywhere in it, or meet any real needs with the pieces of paper and metal. I start to ponder what money really is and what it means and why we put so much of our lives in obtaining it.

Many people think that money is so important. To me money is not really important. Money gives many miseries to us. We, as human always compare what we have and what others have. If we feel that we do not have as much or more than our neighbors then we work, spend money to obtain more to feel that we have enough. But we often forget that the most important things in life are health and happiness, which money cannot buy.

In our search for happiness which we think we can buy we loose what is supposed to really matter. We want the money, we want to have fun, spend time with friends and family. We seem to forget that money is just an "object"; it’s not as valuable as friends and family. You spend countless hours at a job without really have times to spend with your love ones. For me, the time spent to get more money should have been used to be with them. However, many fail to realize this fact and keep on neglecting their family or love ones. All they care is the growing numbers in their bank account books.

Despite that, I do agree that money is important too, like buying food and clothing but I suggest a great alternative to spend money more wisely. I believe that if many people remembered there are other alternatives to get what they want without money, I feel that people would get to know each other, things would become more local, and people would feel like people again and know and feel that sense of satisfaction.

In conclusion, no matter how important money is to our life, we should always bear in our minds that there are priceless things that money cannot buy especially our health and happiness. So, we should think twice when having the desire to swap our money with happiness.

Kapan untuk Nenek...

Awan mendung berarak lalu bagai tidak lagi mampu menanggung beban, lalu dimuntahkan segala isi yang tersimpan sekian lama. Hujan lebat membasahi bumi. Namun lebat lagi hujan dalam hatiku, deras lagi airmata yang mengalir di kedua belah pipiku. Allahu Allah.. Hebatnya dugaan-Mu kali ini. Betapa lemahnya aku, betapa sesungguhnya terbukti bahawa aku tidak sekuat mana.

Berkali-kali aku cuba memujuk diri, beristighfar. Berulang-kali menyebut nama Allah, kalimah suci Tiada Tuhan melainkan Allah, dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali. Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, namun tetap jua tidak mampu meredhakan kesedihan yang terbuku di dada. Allahu Allah.. Ampunkan dosaku Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, ampunkanlah dosa nenekku.

Nenek... Airmata kian meluncur laju tatkala bayangan wajah nenek menjelma. Ya Allah, nenek sudah tiada, ya Allah, nenek sudah pergi tinggalkan kami, Ya Allah, aku tidak mungkin dapat melihat nenek lagi, tak mungkin dapat memeluk nenek lagi, tak mungkin dapat mendengar celoteh nenek lagi, aku sayang nenek, aku pasti rindukan nenek..

*******************************************************

"Naufal, tolong nenek sekejap," Suara nenek memanggil kedengaran sayup dari ruang tamu rumah.

Tanpa berlengah-lengah, aku segera meletakkan pen yang aku pegang, biarlah, malam nanti boleh sambung isi borang UPU ni, nenek belum tentu boleh menanti aku sampai malam. Bisik hatiku. Segera aku percepatkan langkah. Aku menyusun langkah menuju ke arah nenek.

"Ada apa Nek?" Aku bertanya sambil melabuhkan punggungku di sebelah nenek. Kedut wajah nenek tampak jelas, namun nenek tetap jua mengukir senyuman yang paling manis buatku. Dia memang begitu, suka senyum.

"Naufal dah habis isi borang ke?" Nenek bertanya. Aku sekadar menggelengkan kepala, tersenyum kepada nenek. "Belum Nek, tapi takpe, malam nanti boleh sambung isi, IPT boleh di cari ganti, tapi Nenek Naufal ni sorang je kat dunia ni.." Ujarku sambil melentokkan kepala ke bahu nenek. Nenek cuma tergelak kecil, aku senang melihat nenek gembira.

Nenek sudah dimamah usia, umurnya kini hampir mencecah 70 tahun. Arwah atuk sudah lama pergi meninggalkan kami, kembali ke rahmatullah hampir 20 tahun yang lepas, namun nenek tetap setia sendiri. Tidak pernah terniat mencari ganti atuk. Walaupun pernah ada yang mencuba nasib merisik khabar, tenang nenek tolak.

"Biarlah aku sendirian sampai mati, aku sayangkan ayah korang, moganya di syurga nanti kami bersatu lagi.." Itulah kata-kata nenek yang disampaikan oleh ayahku kepadaku. Sejak itu, ayah selaku anak sulung dan adik beradiknya yang lain tidak lagi terniat untuk jodohkan nenek. Mereka kagum dan hormati pendirian nenek. Nenek seorang yang setia pada cintanya.

Sejak Mak Su mendirikan rumah tangga, mengikut suaminya ke utara tanah air, nenek tinggal sendirian. Sejak itu juga, aku pulang ke kampung, menetap di kampung menemani nenek. Selaku cucu sulung, aku rasa bertanggungjawab untuk bersama nenek setiap masa. Tak sanggup aku biarkan nenek keseorangan, kesepian. Tak tergamak aku biarkan nenek menghabiskan sisa-sisa usianya menghitung detik waktu seorang diri. Ibu dan ayah serta pakcik dan makcik terpaksa bertugas di bandar, jauh dari kampung, aku mengerti kekangan tugas mereka, nenek juga begitu. Jadi biarlah aku bersekolah di kampung, menemani nenek di rumah pusaka arwah atuk. Nyaman. Damai.

"Naufal! menungkan apa?" Lamunanku tersentak bila nenek memanggil namaku. Aku tergelak kecil. Tersipu malu. Jauh benar melayan emosi, sehinggakan nenek juga perasan.

"Takdelah Nek, Naufal teringat kuih bingka yang nenek selalu buat, sedapnyer...." Aku cuba berselindung sambil buat-buat muka kasihan. Nenek mula bersimpati.

"La, betul ke? kalau macam tu nenek boleh buat sekarang," Cepat pula nenek menyahut. Aduh, perasaan bersalah mula menyelinap ke lubuk jiwaku.

"Kikiki.. mana ada Nek, Fa gurau je la nek, saja nak tengok Nenek sayang Fa ke tidak, hehe.." Ujarku. Pantas nenek mencubit bahuku, aku mengekek kegelian. Mengelak tidak, seronok menyakat nenek petang-petang begitu.

"Naufal, tolong nenek ambilkan beg atas almari boleh?" Pinta nenek setelah tawa kami terlerai. Aku memusatkan pandangan mataku ke wajah sayu nenek.

"Beg mana Nek?" Aku bertanya sambil menggaru-garu kepala.

"Beg hijau atas almari nenek, dalam bilik, bawa sini kejap," Terang nenek lagi. Aku angguk-angguk kepala lalu mengatur langkah menuju masuk ke bilik nenek. Mendongak kepala melilau pandangan ke atas almari nenek, tanpa berlengah-lengah, beg hijau itu aku capai lalu membawanya kepada nenek.

Nenek menarik zip pada beg dengan penuh teliti. Tangan nenek menggigil, betul nenek sudah dimakan usia. Sayu pula aku melihat nenek. Makin lama aku menatapnya, makin hati ini bagai di hiris-hiris. Aku sayangkan nenek.

Bertambah sayu dan pilu bila tangan lemah nenek menarik keluar sehelai kain putih yang kekuning-kuningan. Seperti kain kapan, tapi tak mungkin. Aku cuba menidakkan namun dadaku mula terasa sebak. Aku tetap cuba bertahan.

"Kain apa ni Nek?" Aku bertanya, minta kepastian. Perhatianku tepat kepada kain putih itu.

"Ini kain kapan nenek, dah lama nenek simpan.. tunggu saat ajal tiba..bila nenek dah tiada nanti, Fa tolong bagitau ayah Fa, guna kain kapan ni ya.. " lemah suara nenek menjawab. Tidak semena-mena butir-butir jernih mengalir dari kedua kelopak mataku. Tidak mampu tertahan lagi, airmata mengalir deras. Tak sanggup mendengar suara nenek menyebut ajal.

"Nenek, kenapa cakap macam tu, jangan tinggalkan Naufal.." Bagai anak kecil aku tersedu-sedu menahan tangisan.

"Isk Fa, istighfar.. mana boleh cakap macam tu, ajal itu pasti, sudah di tentukan Allah, di dunia ini kita cuma sementara, di dunia ini kita cuma menumpang, sampai masa, kita semua, nenek dan Fa juga akan dijemput pulang.. nenek sudah lama hidup di muka bumi ini, bila-bila masa saja nyawa nenek akan diambil, itu suratan takdir, kita kena redha.." Merdu suara nenek menyentuh gegendang telingaku.

Aku merebahkan kepala ke riba nenek. Seperti selalu, nenek membelai-belai rambutku. Andai nenek tiada, saat ini pastinya paling aku rindui. Ya Allah, mampukah aku menghadapi kenyataan itu ya Allah, mampukah aku melepaskan nenek pergi? Berulang kali suara hatiku berbisik sayu.

"Naufal, ketika Allah ciptakan kita, Allah dah tulis dah, semuanya termasuk ajal kita. Hidup kita umpama berlari 100 meter, makin kita berlari, makin kita dekat dengan garis penamat. Hari ke hari kita hidup, kita makin dekat dengan ajal kita. Fa tahu kan, perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa silam kita dan perkara yang paling dekat, makin dekat dengan kita adalah mati.." Nenek menyambung bicara, di riba nenek aku cuma mendengar. Katalah apa saja nenek, aku akan simpan semua kata-kata nenek kemas dalam kotak ingatanku.

"Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati. Takut membuat kemungkaran kerana takut bila mati kelak di azab, sungguh-sungguh buat kebaikan, kumpul pahala buat bekalan di akhirat sana sebab tahu, hidup di dunia cuma sekali. Bila dah mati, dah tak boleh undur lagi dah.. menyesal bagaimana sekalipun, kita tak mungkin boleh undur masa.."

"Nenek berdoa, moga mati nanti tempat untuk nenek berehat.. Nenek bermohon agar segala dosa nenek terampun, sebelum masa itu tiba.. Nenek pun tak tahu bila masanya nenek akan dijemput pulang, mungkin esok atau lusa.." Suara nenek tersekat-sekat. Airmata nenek menitis jatuh ke pipiku. Aku angkat kepala menatap wajah nenek. Pilu hatiku melihat wajah nenek berbasahkan airmata. Sayu. Cepat-cepat aku sapu airmata nenek.

"Nenek jangan menangis, Fa sayang nenek.." Aku cuba memujuk nenek, namun desah gelora jiwaku ternyata lebih hebat. Aku turut menangis lalu memeluk nenek erat. Dalam pelukan nenek aku menangis semahunya.

"Fa jangan nangis, tidak kira samada nenek hidup atau tidak, kalau Fa betul-betul sayangkan nenek, sedekahkan doa untuk nenek, sedekah fatihah untuk nenek.. insyaAllah.. kasih sayang antara kita tidak akan terputus sampai bila-bila," Ujar nenek sambil mengelap pipiku dengan tangannya yang penuh rasa kasih. Nenek mengukir senyum, senyuman yang paling manis. Walaupun sukar, aku memaksa diri membalas senyuman terindah nenek.

*****************************************

Bas bagaikan berjalan terlalu perlahan. Setiap sela waktu bagaikan menhiris, menikam jantungku. Menyeksakan. Kenangan bersama nenek satu persatu berlegar-legar di kotak ingatanku. Wajah nenek di segenap penjuru ruang. Aku ingin segera pulang ke pangkuan nenek, aku ingin cepat sampai ke rumah kesayangan nenek. Ya Allah, tabahkanlah hatiku.. Tempatkanlah nenekku dalam golongan yang Engkau kasihi.

Amin ya rabbal alamin..

::Diambil daripada http://semut2comel.blogspot.com untuk berkongsi dengan sahabatku::

Life~~

Sebelum masuk,saya mengambil peluang untuk menulis
blog di sini...Sebenar tension,tak boleh tidur,sebab itu
ambil peluang untuk menulis kat sini..
harap2 lepas tulis ni boleh tidur..hikhik
k la...nak cerita ni..baca baik2 erk..hikhik


selepas saya masuk sem2 ni,agak tekanan sikit
berbanding dengan sem lepas..tp saya tetap untuk berusaha
untuk mencapai kerjayaan di sini.
Saya selalu motivate saya sendiri..walaupun susah mcm ne pun
kena teruskan..saya tidak mahu sia-sia masa dekat sini..

apa yang harus buat??life must go on...continue the journey..
saya telah.......dengan seseorang(colum tu tambah2 la sendiri)
entah kenapa hati saya boleh tergerak untuk menyukainya...
hurm..mungkin in persingahan sememtara atau selama-lamanya?
saya ingin bersama dengan dia..boleh kah??apa jawapan dia??
xpelah...ambil masa(chewah motivated sendiri lak)..kahkah...

ramai kawan-kawan saya minta pendapat tentang kehidupan
so,saya cuba la selesai dengan satu per satu(entah kenapa diorang pilih saya)
mungkin saya mudah mendengar,dan mudah memberi nasihat??
terpulang kepada wahai kawan-kawanku hendak dengar atau tidak...
saya sanggup menolong kawan-kawan jika saya terdaya....
kadang-kadang kawan saya terkejut,saya memberi tazkirah(nasihat) kepada diorang

kita hidup di dunia ini ada macam-macam ragam,dari manusia hingga ke diri kita
kita harus bersyukur dengan diri kita yang ada..kita harus buat yang terbaik untuk
kehidupan kita di dunia dan akhirat...indahnya di dunia,dan lagi indah di syurga....subanaAllah..

::p/s kita hanya jadi kita diri kita yang terbaik dalam kehidupan::

Dalam diam-diam

Dalam diam-diam aku mulai "mencintai"mu...aku sayang dengan mu..tetapi apakah daya ku,antara kita sudah tidak sehaluan..Ada kalanya aku termenung mengenang sikapmu,pandainya engkau mengukir janji,Lalu kau memungkiri,sepi kurasa perjalananku,penuh duri rindu sehingga fikiranku tak menentu...Cintaku telah melayang-layang,wajajamu terbayang-bayang di dalam fikiran ku....Orang yang ku sayang selama ini,telah meninggalkan aku selama-lamanya..perit hatiku tidak terkata-kata,Selamat tinggal wahai sayang ku,terima kasih kerana engkau sanggup melukakan hatiku ini....Walaupun berat hatiku sewaktu melepaskanmu,tetapi apa dayaku antara kita dah tak sehaluan....



Ada sesuatu ingin kukatakan,kuharap engkau dapat mengertikan.Selama ini dirimu kusayang walaupun kau tidak percaya.Aku merasa sungguh indah bersamamu tiap waktu kita bermesra... marah dan sayang rajuk dan rindu Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan
namun hatiku masih menyintaimu sayang..

::P/S Alangkah indah kehidupan ini seandai engkau terus bersamaku,Kiranya aku menyinggung hatimu..Maafkan diriku... sayang::

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants