Perjuangan Bukan Separuh Jalan..

Puisi ini tentang perjuangan
Perjuangan yang tidak pernah luntur
di sudut hati seseorang perjuang.
Seorang perjuang berjuang dengan sepenuh hati
tidak kira masa,tempat diteruskan juga untuk berjuang.

Erti lelah,sakit,penat,tidak pernah diungkapkan,
berjuang dengan amanah,tabah,dan usaha,

Biarpun ribut mahupun taufan
Jangan goyah usah gentar
Paksikan kukuh ke jiwa
agama menjadi pedoman.

Oh!Perjuangan
Aku sangat tabah menghadapimu,
Kamu memberiku ispirasi dan ideologi
Kamu memberiku hidup yang lebih matang.

Kata bijak pandai lagi, hari semalam adalah sejarah,
hari esok adalah mimpi dan hari ini adalah realiti,
hadapinya sebaik yang mungkin kerana sejarah tak mungkin kembali,
hari esok belum pasti milik kita.

Berjuanglah dengan sepenuh hati,
usah gentar usah takut usah diam,
bersuaralah dengan bersemangat,
bersuaralah dengan idealisme.

Perjuangan kita bukan di sini,
bukan untuk di dunia sahaja,
malah untuk dunia akhirat juga.
Jangan kalah usah mengalah
Berjalanlah jangan berhenti

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants