Aku bukan Mahasiswa Sahaja

Bahang Pemilihan Majlis Pewakilan Mahasiswa sudah selesai, pertama kali saya melihat begitu hebat dan meriah di Universiti saya berusia 4 tahun ini. Kalu ikut lumrah manusia,4 thn hanya seorang kanak-kanak yang baru belajar bejalan dan berlari..serta baru sahaja ingin bertutur kata. yea,walau universiti masih baru, tetapi tidak mustahil juga Mahasiswa akan bangkit untuk menegakkan Mahasiswa. Di universiti saya sudah wujudnya Pro-Mahasiswa atau dikenali Pro-M,saya salah seorang aktivis tersebut. Sebenarnya masih belum ramai yang tahu tentang apa agenda sebenar Pro-Mahasiswa.Pro-Mahasiswa adalah untuk perjuang kan hak seseorang mahasiswa yang bukan terikat dibawah AUKU.Kami ingin bebas,ingin bersuara,Bukan kita dicucuk ke hilir dan hulu.

Kami Mahasiswa ingin bebas bersuara,memberi pandangan,memberi resolusi.kami juga boleh berhujah,beridelolisme..tolong jangan label kita sebagai pembangkang..kita bukan ditaja oleh pihak luar atau parti luar..kami tidak mahu pencampuran parti-parti politik. Kami hanya mahasiswa yang berideologi sahaja.Tidak salah sekiranya mahasiswa ingin bersuara kerana kami juga rakyat malaysia dan termaktub dalam perlembagaan.Deklarasi Hak Asasi Manusia dalam artikel ke-19 dan ke-20 menyatakan hak seseorang untuk bebas bersuara dan hak untk berhimpun serta berpersatuan. Sementara itu, Perlembagaan Persekutuan dalam artikel ke-10 juga member jaminan kepada hak individu untuk berkumpul dan bebas menyatakan pendapat.

Bak kata orang tua-tua,melentur buluh biar dari rebungnya.Saya memang setuju dengan statement ni.Apabila kita nak buat sesuatu,mesti dari bawah dan baru lagi.Tidak akan kita akan menunggu dari Universiti sudah lama,negara da lama mederka baru kita nak bangkit.Ini bukan cara kita berfikir seharusnya kita harus dari baharu lagi untuk mula perubahan bukan sudah tunggu 10thn,20thn baru kita nak berubah.

STUDENT POWER!!

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants