Ramadhan

Bulan rahmadan dah sampai,bagi semua umat islam sila mengejakan ibadat puasa.Jangan tidak berpuasa,dosa besar.Dalam bulan inilah merupakan bulan bagi umat islam menguji keimanan terhadap Allah swt.Dalam bulan ini,Allah telah "merantaikan"semua syaitan.Dengan erti kata lain,kita bebas dari hasutan syaitan.Oleh itu dalam bulan ini,Kita harus lebih kuat keimanan dalam mengejakan puasa jika tidak ini bermakna hasutan syaitan telah berjaya berada dalam diri kita.

Ramadhan,bulan jaminan kemenangan yang sudah pasti bagi setiap pejuang.Kemenangan keatas syaitan,kemenangan keatas nafsu syahwat dan kemenangan keatas sebarang kejahatan, kerana itulah kehadirannya disambut dengan perancangan yang teratur,bukan rancangan mengatur menu makanan dan hidangan,bukan rancangan menempah pakaian hari raya yang akan menjelang,tetapi persediaan iman,persediaan doa dan persediaan ilmu,untuk digunapakai disepanjang ramadhan,bagi meraih keuntung yang dijanjikan iaitu “Takwa” ,teman setia seorang hamba dalam perjalanan menemui tuhannya.Firman allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 183:

“Wahai orang yang beriman!, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu,supaya kamu bertakwa”.

Baginda rasulullah s.a.w ketika menyambut kehadiran bulan yang mulia ini ada bersabda:

“Telah datang kepada kamu bulan ramadhan,penghulu segala bulan,selamat datang ramadhan!”.

(Riwayat al-baihaqi)

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants