Puisi Dalam Botol


Ini sebuah kisah cinta seorang pengembala kambing berpendidikan tinggi.Cintanya bukan cinta biasa.Cintanya sukar dirungkai dengan kata-kata.Hatinya merindu,mindanya merungkai bicara.Saatnya untuk meluahkan rasa dalam bentuk...puisi...

Semasa di kafe IPT si pengembala pandai-Zani namanya jatuh cinta buat kali pertama ketika menjadi pelajar IPT.Seorang gadis biasa rupanya pun biasa je.Namum bila hati dah cinta,racun bisa pun mampus ditangkis.

Sufi:: Uik?Cam kenal jer?!!Zani!! Jumpa gak geng sekampung!Parest aku cakap kau sambung belajar kat sini gak.

Apatah lagi yang dah dicinta bagaikan takdir mampu diduga......

Sufi::Kenalkan kawan aku,Fatimah.Kitorang sekelas dalam jurusan Biokimia semester 2. Aku dengar kau ambik jurusan Kejuteraan Sivil ya?Baguslah!

Fati:: Hai..panggil je Fati.Selamat datang ke IPT-UGM.
Zani berasa lega bahawa Fati kawan kepada Sufi rupanya..

Tiba-tiba Zani terkejut dari kenangannya.

Adik Zani: Wah!menitip puisi buat bidadari di kayangan ke?Ke dah ada mata air sejak masuk IPT ni?

Zani: Ishh!Terkejut abang dibuatnya.Apa adik buat kat sini??

Adik Zani:: Nyanyuk ke abang ni?!! Kan dah jadi rutin adik hantar bekal setiap hali abang mengembala.Nah!!

Zani:: La....dah waktu makan ke?Wani.Ok la.Letak jer situ.

Wani:Abang,adik nak tanya sikit boleh tak??Err...soalan peribadi.
Zani:Apa dia?
Wani:: Saja....nak korek rahsia.Betul ke abang dah ada awek kat IPT tu?Dengar citer kawan kak Sufi...citer la sikit....he!he!he!
Zani::Hmmm...ya.Tapi baru lagi.Kitorang dah declare tapi cam tak yakin tak.
Wani: Habis tu,takan abang nak teruskan jugak?kecewa nanti....
Zani:Adik...abang yakin dia cintakan abang gak.Cuma ada sesuatu yang menghilang

Pada masa yang sama...

Sufi:Panas betul hari ni.Masa camni la kereta nak kering air.Lambat dah ni.Harus Fati terbakar tunggu aku kat bus stop tu.Ishh! mana lak paip kat sini??Dah tukar tempat ke?

Sebelum Sufi dan Fati keluar rumah....
Fati: Aku rasa saat paling indah aku takuti dah menjadi kenyataan.Apa aku nak buat ni Sufi?
Sufi:: Maksud kau Jatuh Cinta?Fati.....kau kan dah biasa lalui. Apa susah,katakan TAK!
Fati: Tu lain sebab aku hanya terpikat dan hati aku masih boleh dipujuk untuk tak mengimpikan yang mustahil.Sekadar salng terpikat tak bererti cinta...
Sufi: Huh?!! aku tak faham la.Apa beza ke bila terpikat dan jatuh cinta?
Fati:: Cinta bila....hatiku jadi syahdu bila terpadang renungan tu...Jatung berdegup-degup riang tiba-tiba.Dalam disaat dia yang asing terasa sangat mesra......Sufi....baruku tau,adakalanya akal kita gagal mengawal hati sendiri.....Ia tak semudah terpikat dan berkenalan.Tak semudah bila meluahkan rasa suka.Aku suka.Aku rasa lemah bila fikir cinta ni pastinya kecewa....
Sufi:: Zani?!

Semasa cinta pandang pertama Zani dan Fati.....
Sufi:Zani hantar SMS kat aku nak dating dengan kau.Heh!Darling gak budak kampung ni.
Fati: Kalau dah jodoh,kebetulan sentiasa hadir antara kami dalam pelbagai cara.Sufi,kau tengok tuh!
Sufi:: Naya jer!!Panjang umur!Sah ni kes dibuli senior
Fati: Ye ker?!! Kesian.

Pada masa itu,Zani terjatuhkan buku kerana terlalu banyak dan berat...
Fati:: Hati-hati!!!(terus pergi zani dan tolong mengangkat buku-buku tersebut) Dah tau tak boleh buat,jangan paksa diri sendiri.tapi mungkin gak kitab ilmu ni.Meh saya tolong ya...Zani.
(Di sinilah diorang mulai mengakui cinta tu....)

Zani:: La..saper lak tu yang merayau-rayau ngan tong kosong,kat padang rumput kambing aku ni?Huh?!cam kenal jer sufi ke tu?
Sufi: Ha!apa hal ni anak kambing?Daripada kau tengok aku,lebih baik tolong aku cari paip,wahai anak kambing!!
Zani::Helo Sufi,Apahal merayau kat sini ngan tong kosong tuh?
Sufi: Zani!! nasib baik la kau muncul.Kereta aku kering kat jalan sana.Aku lak dah lambat ni.Mana paip tu erk?
Zani:: Tu la!lama sangat dah tak jenguk kambing aku!
Sufi::Eh jap! dah belajar IPT pun tetap nak mengembala kambing ke cuti semester pertama ni?wah,Fati kena tengok ni!
Zani::Ha!ha!Nasib anak si pengembala,aku la!Memang aku harap kau bawa Fati datang tengok aku!
Sufi:: Aku nak ambik dia la ni.Kerata lak buat hal.
Zani:: Biar betul?!! Apasal dia tak bagitau aku?ceh nak surprise la tu konon!Jom aku tolong Kau isi air!!Cepat!!!


Di universiti.......

Zani:: Fati jom la kita lunch sesama.Awak bukan ada kelas pun pasni
Fati: Saya tak lapar la.Awak pergi la sorang.Saya....
Zani: Saya perasan dua tiga hari ni awak cuba mengelak daripada saya.....Naper?Saya ada buat salah ke?Jangan buat saya serba-salah camni....please.....
Fati: Zani,awak tak buat salah apa pun. Yang salah skrang ni saya sebab buat awak serba salah.Saya tak patut mencintai.....
Zani: Dah!! Jangan nak merepek!
Fati: Zani,darah saya tak layak untuk baka.....
Zani : Baka cinta kitorang?terlalu awal untuk tu,sayang....Lagipun lusa kita semua dah nak cuti semester.Lama la saya tak jumpa awak nanti,kan?
Fati:: Hmmm....semester depan kan boleh jumpa lagi.
Zani: Nak tunggu tu yang seksa rindu saya kat awak....Awak lak mcm ne?Rindu tak kat saya nanti?
Fati:: Entah la! semester depan nanti saya bagitau.Skang jom kita lunch!

Kembali kepada Sufi mengambil air bersama-sama dengan Zani....

Sufi: Aku harap kau.......Fati...Hmm..maksud aku,kadang-kadang mesti kau tak faham ngan cara Fati layan kau kan?Aku bukan apa....
Zani: Sufi...Relaks ok.Aku boleh terima seadainya dia....
Fati: Zani,sebenarnya perkara ni lebih rumit daripada kau fikikan.Ada sesuatu tentang Fati kau takkan suka...
Zani: Satu semester kitorang bina perkenalan,takder satu pun aku tak suka tentang Fati....
Sufi: Fati sayang sangat kat kau,Zani....Dia paling takut nak kecewakan kau.
Zani: Apa motif nak kecewakan aku lak?
Sufi: Masalahnya kau belum tau lagi rahsia tu,kau yakin dah redha ke?Jangan....
Zani: Bab ni aku tak faham! Rahsia apa aku kena redha tentang dia?!! Aku boleh terima,aku tak kira! Aku cintakan Fati!!
Sufi: Kalau camtu elok kau bawa kereta aku ni pergi jemput Fati.Masanya untuk kau tau.....

Fati bermonolog: Dalam bercinta kekalnya berterus terang dan jujur....Cinta saya kat awak lahir tanpa diundang.Saya percaya takdir...Jodoh ni takdir kita pastinya.....

Fati: Sampai pun Sufi.Masak aku tunggu sini.Eh?! yang memandu tu bukan Sufi.Zani?!! camber lak dia datang jemput ngan kereta Sufi?!!
Zani: Hello Sayang!!Awak mesti rasa pelik camner saya datang jemput ngan kereta Sfi,kan?jangan fikir bukan-bukan....
Fati: Hmm...Jadi awak mesti dah tau tujuan saya ke sini kan?
Zani: Fati..tolong la....ni masalah kita.jangan babitkan Sufi lagi.Cinta kita layak untuk tau semua.
Fati: Baik la.....Hanya Sufi yang tau saya anak kebajikan dari Rumah Solehah.Dia yang menyelia rawatan saya sepanjang penganjian tinggi bagi pihak Rumah Solehah.Saya..........pembawa virus HIV sejak lahir....
Zani: Apa?!!HIV?!!


Semasa Fati berada di kampung bermandi di sungai....
Fati: wah! Nyamannya sesekali dapat mandi sungai.Lain kali mesti bawa Fati turun sekali mandi camni,kan mak?
Mak Fati: Ha'ah! Memang boleh tapi baik tak payah la nak.Luka ke apa nanti,susah hati kita dibuatnya!
Adik lelaki: Eh?!! Apa tu?Apa benda cam botol hanyut dekat Kak Sufi tu?
Adik Pompuan: Ya la!Kakak,hati-hati ! ada orang buang sampah kat sungai kita ni.Apa la....
Fati: Huh?!! ni bukan sampah ni dik.Dalam botol ni ada sekeping nota....
Mak Fati: Zaman sekarang ,benda camni pon ada....
Adik lelaki: ya la! Saper la....orang yang begitu kuno ni kan?Entah-entah penganas punya!!

Tiba-tiba Fati mengalir air mata...semua orang kebingungan....
Fati: Indahnya titipan puisi ni.Serlah untuk Fati dari....Oh!biar betul Zani ?!!
Mak Fati: Zani?naper?
Adik Lelaki: Puisi Abang Zani ke tu?Biar betul,mana pernah dia buang karya puisinya!

Fati: Maafkan saya,Zani.Saya tak sengaja nak rahsiakan perkara ni..Saya tak sampai hati...
Zani: Hmmm...Maafkan saya....sayangku,Fati.Maafkan kenaifan saya tak mampu menduga deritamu yang paling dalam(zani juga menangis)
Fati: Zani...saya tak layak untuk dikahwini apatah lagi dicintai camni.Awak lebih layak untuk gadis semulia Sufi.Lupakan saya sebelum terlewat....
Zani: Tak,Fati.Cinta saya ikhlas dari hati.Tak semestinya janjikan rumah tangga bahagia.Tapi mengetahui awak cintakan saya,lebih daripada cukup untuk buat saya bahagia........Ingat la erti cinta tu sebenar-benar ikhlas di hati kita..Aku redha kerana cinta ni kesyukuranku.



Puisi dalam botol melambangkan cintanya yang tak mampu bersatu,sebuah puisi indah untuk yang tercinta.Redha atas pemberian ilahi akan secebis cinta berbunga di hati.Biarpun kekalnya tak seindah impian sejati....

"Kau yang tidak mampu
Kumiliki secara mutlak,

Kau yang tidak mampu

Kumiliki sebagai hak,

Namun kau akan tetap
Kucinta tanpa Talak..."


Zani terus mendampingi Fati sebagai sahabat sejati,menjaga cam bonda di hati,mencintainya bagaikan bidadari suci....10 tahun kemudia,Fati meninggal dunia dengan tenangnya di sisi insan tercinta Zani dan sahabat tersayang,Sufi.....


--------------------------------------------Tamat----------------------------------------------

2 comments:

Arryana Nasution said...

ak musykil
pusi dlm botol ker?
puisi dlm botol?

Arryana Nasution said...

ehehe...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants