Ketahuilah ada yang lebih Berkuasa

Duniawi dan akhirat mana yang penting??Kenapa manusia sekarang terlalu lalai terhadap ajaran yang sepatutnya.Tidak tahu lagi ke,dunia kita semakin hari semakin dekat dengan dunia kiamat?Mula dari Politik,Ekonomi dan sosial.Poltik rasuah semakin berleluasa hingga tidak dapat diatasi ,ekonomi semakin hari semakin tidak stabil lagi walau hakikat pihak media menyatakan stabil.Sosial semakin hari semakin teruk,kemaksiatan semakin berleluasa?dimanakah punca nya??sebenarnya adalah punca manusia diri sendiri.Kita terlalu lalai dalam keadaan di dunia,terlalu seronok dengan duniawi.Sedangkan Allah memberi peluang kita di dunia untuk menghayati keindahan yang diciptanya.Namun sekarang keaadaan sebaliknya berlaku.Tidak lagi seperti dulu.Gejala sosial,gejala politik semakin hari semakin menjadi.Seakan-akan manusia hari ini sudah tidak takut lagi terhadap ancaman-ancaman yang dijanjikan oleh Allah.

Allah SWT berfirman: Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan yang tersembunyi, kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan. (al-An’aam: 120)

Kita harus ingat,Allah tidak pernah menyusahkan umatnya,tetapi umat sendiri yang menyusahkan dirinya sendiri.Kita tidak harus menyalahkan Maha Pencipta,kerana Allah Maha segala-galanya.
Sebahagian manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar pangkat dan nama di dunia ini. Seolah-olah dunia ini milik mereka.Mereka takut akan hidup miskin di dunia yang bersifat sementara tetapi mereka tidak takut akan miskin di akhirat alam yang kekal untuk mereka.Walhal,

Rasulullah SAW bersabda: “Takutlah (jauhilah) dari perkara-perkara yang diharamkan, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling tinggi ibadahnya. Redailah dengan pemberian Allah untuk kamu, nescaya kamu akan menjadi manusia yang paling kaya…” (riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmidzi)

Aku ingin mengambil contoh,sepanjang aktiviti minggu perniagaan di university saya,para pelajar dikehendaki menjalan perniagaan..tetapi ada sebahagiannya melakukan tempat seperti pesta atau berkaraoke.Sehingga ada segenlitir pelajar yang berkaraoke sehingga lewat pagi.Namun aku dapat melihat kekuasaan Allah swt di mata aku sendiri,dengan sedikit tiupan angin yang diberi olehNya semuanya telah kelam kabut,khemah rosak...adakah mereka sedar atau tidak?bahawa itu adalah balasan dari Allah swt?
Sayang sekali, tidak sedikit pun formula dan petua paling mujarab yang diberikan oleh Rasulullah SAW ini memberikan bekas dan kesan kepada hati mereka. Mereka dikhayalkan oleh kemabukan duniawi sehingga saban hari mereka menjadi penyumbang kepada risiko kepanasan suhu maksiat dunia ini.
Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain Allah. (al-Ra’d: 11)


Khemah bertebangan..


Rosak...




rugi sendiri..

Harus kita ingat, dalam memperkatakan tentang kesan-kesan negatif maksiat, kita juga harus mengetahui bahawa maksiat itu bukan sekadar maksiat zahir yang kita lakukan seperti berzina, mencuri, menzalimi orang lain, makan dari sumber yang haram, berjudi, menjual agama kerana dunia, membelakangkan hukum Allah, menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan sebagainya.


1 comments:

MF said...

Ermm.. Artikel yg menarik!

Stuju dgn artikel..
'Ketahuilah ada yang lebih Berkuasa!'.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants