Saya bukanlah kaki pancing, memang tak suka memancing kerana saya bukanlah spesies manusia yang boleh bertahan dan bersabar dengan duduk tanpa berbuat apa-apa. Walau apa pun, saya mengagumi mereka yang mempunyai hobi memancing. Unik!
Sekali sekala pernah baca di majalah joran atau terdengar perbualan kaki pancing,
" Umpan yang digunakan mesti bergantung kepada ikan sasaran". Ada ikan yang suka makan cacing, ada yang suka makan anak ikan, ada yang suka katak, dedak dan sebagainya. Itu lebih kurang. Intro.
Persoalan yang ingin saya bangkitkan kali ini adalah teknik mengurat juga berbeza, bergantung kepada 'mangsa sasaran'.
Jika gadis bohsia, memadai dengan diajak bonceng motor, dibawa ronda satu bandar dan dibelanja makan burger, maka sudah boleh dijadikan gulfren dan boleh berbuat apa saja sesuai dengan definasi 'kekasih' bagi mereka.
Berbeza pula dengan gadis yang berpendidikan tinggi, mereka lebih mengutamakan pasangan yang 'gentleman', mempunyai masa depan yang cerah dan berpenampilan menarik. Cara megnurat pula berbeza, dimulakan dengan sms/ym/emel kemudian bila dah isyarat lampu hijau menyala baru boleh diajak berbual di telefon, keluar makan-makan dan sebagainya.
Bagi yang bertudung labuh, yang lebih islamik pula lain sikit caranya.
Kononnya golongan ini kebanyakannya menolak couple dan menjaga pergaulan antara berlainan jantina. Jadi, nak mengurat golongan ini memerlukan pendekatan yang berbeza tapi tidak bermakna mustahil. Ada juga dikalangan mereka yang bercinta, kononnya 'couple islamik'. Cara mengurat golongan ini mungkin tidak memerlukan kata-kata atau tulisan, tapi lebih kepada tindakan dan sikap yang ditonjolkan. Keperibadian yang ditonjolkan sudah mencukupi untuk membuat si gadis tertawan dan jatuh hati.
Ada yang lebih berani, menggunakan sms islamik, berunsur kata nasihat, rajin menghulurkan tangan meringankan beban si gadis, komited dengan kerja-kerja dakwah atau berkumpulan, sering bertemu dan bersua muka, lalu akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta.
Mana yang salah, apa yang tidak kena?
Tanya diri kita sendiri, kita dalam golongan yang mana?
Lumrah, fitrah manusia diciptakan bersama nafsu dan emosi. Ingin dicintai dan mencintai. Saya sering mendapat PM dari user, berkisarkan soalan yang hampir serupa.
"Saya dah ada kekasih, kami merancang berkahwin, tapi saya dapat tahu couple itu haram, apa yang perlu saya lakukan?"
"Saya suka kat dia, tapi saya tahu couple itu haram, apa yang perlu saya lakukan?"
Memandangkan saya bukanlah ustazah apatah lagi alim ulamak, saya cuma mampu berpesan kepada mereka, jika rancangan berkahwin tu masih jauh, lebih dua tahun, kalau boleh lupakan dulu perasaan cinta itu, fokus kepada pengajian.
Tapi sekiranya mahu berkahwin dalam masa yang terdekat, teruskan sahaja apa yang ada, dan usahakan untuk percepatkan pernikahan.
Bak kata ustaz ketika forum " mak, saya nak kahwin, tapi..", katanya, jika boleh elak, lebih baik elak couple, tapi bila dah terjebak, maka pernikahan adalah penyelesaian yang terbaik.
Kita sebagai manusia, mudah jatuh hati, mudah jatuh cinta. Jika bukan begitu sebabnya kita jatuh cinta, mungkin begini pula caranya yang menyebabkan kita kecundang. Sungguh, ada banyak cara kemungkinan kita 'terpancing', jadi, pesan saya kepada adik-adik, berhati-hatilah.
Memancing dan Kaedah Mengurat
2:29 PM
nicholas chuah
Jadilah ikan yang paling susah terpancing, dan doakan agar kita dipancing oleh sang pengail yang soleh, yang menghargai dan menyayangi kita kerana Allah.
:::Diambil dan berkongsi bersama-sama daripada http:www.semut2comel.blogspot.com::
0 comments:
Post a Comment