Akhirnya semua selesai...

Sepanjang dua minggu menghadapi ujian yang amat getir setiap semester..semua ilmu dikeluarkan untuk menjawab di atas kertas yang kosong...Semasa ujian ada juga masalah yang timbul dari segi peribadi dan ujian..Namun bergitu,aku amat bersyukur sebab aku dapat melalui dengan baik dan lancar...terima kasih denganMu ya tuhanku...engkau lah selama ini bersama-sama dengan aku untuk mengharungi cabaran di liku-liku hidup ni....sob2...ok la...semuanya sudah selesai,sekarang kat rumah..tak tahu nak buat apa pulak...huhu....macam ne erk??hurm...biarkan je lah...

Insan Yang Ku Cinta

Kepada Insan Yang Ku Cinta dan Sayang:
Sayang,ku sayang pada mu..itu yang ku selalu ungkapkan kepada mu....sejak kebelakangan ini,kita selalu bergaduh..macam-macam kita gaduh walaupun benda tu kecil..ku sayang padamu sayang tiada apa-apa yang boleh ku ungkapkan untuk mu...ku hanya boleh mendorongmu.Walaupun sayang selalu sibuk,ku tidak kisah sebenar...kadang-kadang ku tertekan...ku ingin mencarimu..tetapi tidak dapat dicari...sayang kamu insan yang ku cintai selama-lamanya..ku ingin bersama dengan mu...Walaupun cinta itu bukan senang,ku tetap mencintaimu....

Sayang,terkenang indah kita bersama...ku sayang kamu..kamu sayang aku...Cinta kita sentiasa indah tidak pernah kita bergaduh...bila bergaduh macam-macam kita keluar..mungkin kita amat tertekan...sayang,I Love You,I miss You,I need You....Moga Tuhan selalu memberkati kita...

Kadang-kadang,jarang-jarang,sikit-sikit


Sebelum saya bermula bicara,sudah tentu kamu semua sudah tahu statement di atas kan"Kadang-kadang,Jarang-jarang,Sikit-sikit" statement tu datang dari salah satu cerita dari P.Ramlee-Nujum Pak Belalang. Tetapi apa kaitan dengan kita??

Saya ingin bermula dengan statement kadang-kadang.Dalam kehidupan kadang-kadang ni kita bersedih,kadang-kadang kita gembira,kadang-kadang kecewa dan kadang-kadang kita hadapi pelbagai perasaan.Hidup kita berhadapi pelbagai cabaran dan apa-apa sahaja yang menyebabkan kita merasakan berbagai-bagai perasaan.Syukur kepadaNya kerana memberi kita merasa pahit dan manis di dunia ni.Dengan kadang-kadang kita menghadapi pelbagai perasaan kita rasa hidup ini bukan sentiasa indah.

Bila kita menghadapi caraban,amat jarang sekali kita mengingatiNya.Kita selalu menyalahkan Tuhan.Jarang-jarang sekali kita meminta berdoa dengan dia bila kita bersenang,bila susah,barulah kita nak berdoa.Bukan tidak bagus bila hadapi cabaran baru kita berdoa,tetapi semasa kita bersenang kita juga berdoa,berdoa untuk orang lain,berdoa untuk keluarga dan berdoa untuk diri sendiri..Renung-renungkan lah,adakah kita merupakan orang macam tu??

Teramat sikit kita selalu mengingatinya,kita selalu lalai dengan landas ajaran agama.Amat sikit lagi kita mengerjakan perkara wajib dalam ajaran agama.Bila orang ada harta,kita pun nak berharta,bila orang ada couple,kita pun sibuk nak bercouple..akhirnya terjemus dalam maksiat.Dosa yang amat dimurkai oleh Tuhan..Janganlah kita tergolong menjadi orang macam itu.Kita harus menjadi lebih,dan banyak.Apa maksud yang saya katakan lebih dan banyak?Lebihkan berdoa,lebihkan sembahyang,banyakan bersedekah,banyakkan beribadah...


When I know who am i...

Who i am?
Who am i?
What i am for?
What i'm do?
What had I do?
What i standing for?
What should I do?
How should i do?
Hurm...question keep running at my mind..
I dont know how to answer it...
but i know it...
Dont know who to say about me...
i know who i am....
I standing for pain in deep of my heart..
My heart bring me everything...
I was in dilemma...
To be or not to be..
To do or not to do...
To go or not to go..
To love or not to love...
But now i know what i want..
what i standing for...

layakkah aku??

Hurm...apa yang berlaku dengan diriku selama seminggu ni,amat ku pedih...tapi aku hanya boleh bersabar dan sabar...sukar untukku memahami seseorang...kawan-kawan aku cakap,hendak memahami orang lain,biar kita memahami diri kita..tetapi diriku amat ku tidak faham..Dulu aku ceria,dulu aku periang,dulu aku berhibur,namun kini,aku lebih suka berdiam diri,aku sukar mengasingkan diri,aku lebih kepada sunyi...layakkah aku memahami yang insan yang aku cintai..pernah kamu memahami aku?pernah kamu terfikir tentang diriku?aku tidak pernah menyalahkan kamu berubah,mungkin masa yang berubah kita..kita semakin tua,semakin tinggi keingginan sesuatu dalam kehidupan kita...

Arrhh...layak kah aku ni bergelar seorang manusia?layakkah aku memohon doa dariNya??Aku berada kebingungan ibarat jalan hidup bercabang dua...nak pilih yang mana satu??Ya Tuhanku,tunjukkan jalan untuk aku...aku memohon dengan kamu...sesungguhnya Kamu mengertahui apa yang aku perlu.....

Apa pun jom layan lagu ni-Andaiku tahu dari Unggu


Apa itu Cinta??


Cinta akan terus hangat. Kerna ia fitrah insan yang akan terus diperbincangkan. Pelbagai fatwa ulama’-ulama’ ‘tak rasmi’ berkenaan cinta. Bila masuk bab cinta, isunya akan hangat mengalahkan isu Palestin, perjuangan dan kebangkitan. Bila masuk bab cinta, semua melontarkan komen seakan-akan alim benar akan halnya. Tidak segan salah kerana mengekspresi diri akan hal cinta.

Itulah dia penangan cinta.

Tetapi siapakah yang mengetahui bahawa cinta itu bagaimana di sisi Islam?


Apakah itu yang dinamakan CINTA?

Pendefinisian cinta secara umumnya adalah: Perasaan jiwa, kegembiraan, ketenangan, dan pengharapan kepada sesuatu. Boleh juga didefinisikan sebagai tarikan kepada sesuatu perkara.

Cinta mengikut definisi ini dikatakan adalah fitrah kepada manusia. Semua manusia yang membesar secara normal pastinya akan mempunyai perasaan ini. Baik kepada pasangan, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.

Benar, ini adalah fitrah insan.

Dan saya ada definisi saya sendiri berkenaan cinta. Mudah definisi saya.

Cinta bermaksud: Hendak bersamanya di Syurga.

Saya memandai ke reka definisi ni? Tidak. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang lelaki yang bertanya kepad baginda bilakah akan tibanya kiamat: “Apakah yang telah kamu sediakan untuknya?”

“Aku mencintai Allah dan Rasul-Nya sepenuh jiwaku”

Rasulullah SAW menjawab: “Maka kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai di akhirat sana”

Jadi, cinta yang sebenar adalah hendak bersamanya ke syurga.

Ini adalah peningkatan kepada definisi pertama yang mungkin boleh berubah menjadi ‘liar’. Tambahan, saya tak nampak cinta pada orang yang melemparkan yang dicintainya ke neraka.

Sifat CINTA

Bagaimanakah agaknya sifat CINTA?

Cinta letaknya di dalam jiwa. Dan jiwa manusia itu tunggang terbalik gayanya. Sebab itu ia dinamakan Qalb. Saya sukar hendak mendefinisikan Qalb sebagai Jatung atau hati. Saya nampak Qalb ini lebih dekat kepada jiwa, hati yang bukan organ.

Justeru, Cinta sifatnya berubah-ubah. Sebab itu perlu diletakkan ‘pemberat’ yang kukuh untuk menjaganya.

Maka jika saya, saya letakkan Allah sebagai ‘pemberat’nya. Allah adalah cinta pertama, membuahkan cinta-cinta yang lainnya. Allah adalah matlamat dalam bercinta. Justeru apakah cinta akan tersasar ke arah yang dimurkai-Nya?

Itu pun kadangkala terbongkah juga. Tak mengapa, usaha lagi agar cinta itu lebih kejap dan kuat. Bagaimana agaknya yang meletakkan ‘pemberat’ selain Allah SWT?

Darjat dalam Cinta

Cinta punya darjat. Tiga darjatnya. Agung, Pertengahan dan Hina. Mari kita perhatikan apakah dia tiga darjat ini.

1. Cinta Agung.

Seorang mu’min, di dalam jiwanya tak akan ada yang lebih tinggi daripada AllahSWT, mentaati-Nya, menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Ini cinta yang agung di sisi Islam. Tiada yang akan mampu menandingi kelebihan cinta ini.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” Surah At-Taubah ayat 24.

Berapa hari ini yang kononnya menyelit-nyelitkan nama Allah dan kalimah-kalimah islamik dalam percintaan mereka untuk menghalalkan hubungan mereka. Padahal cinta manusia sesama mansuia kekal di tahap biasa sekiranya tidak dibumikan cinta kepada Allah itu dalam bentuk amalan.

Dikatakan cintakan isteri dan keluarganya kerana Allah, tetapi dia pula tidak membumikan Islam dengan sebenarnya. Islamnya hanya pada cinta. Islam terbina atas cinta. Dia tidak membina cinta itu di atas Islam. Maka jadilah cintanya terhuyung hayang ibarat layang-layang yang putus talinya.

Cinta yang agung inilah yang akan membuahkan cinta kepada Rasulullah SAW. Hanya dengan mendalami cinta agung ini, barulah kita akan mampu memahami dan mencintai Rasulullah SAW sebenar-benar percintaan. Sebagaimana seorang perempuan selepas peperangan Uhud, tidak terkejut mahupun bersedih dengan kematian sanak saudaranya. Tetapi dia risaukan keadaan Rasulullah SAW. Bila dikatakan Rasulullah SAW baik-baik sahaja, dia tidak puas. Dia bergerak mencari dan bertemu Rasulullah SAW. Ketika bertemu Rasulullah SAW, dia berkata:

“Ya Rasulullah, segala musibah menjadi kecil apabila melihat engkau dalam keadaan baik”

MasyaAllah. Kematian sanak saudaranya di dalam peperangan itu menjadi kecil?

Apatah lagi bila hendak bermaksiat kepada Allah SWT. Semestinya tidak dipandang langsung.

Sungguh indah cinta ini.

2. Cinta pertengahan

Cinta ini adalah yang biasa dihidapi oleh semua manusia. Cinta sesama insan, cinta kepada keluarga, cinta kepada sahabat-sahabat dan sebagainya.

Cinta ini, jika tidak dibina atas Cinta Agung tadi, maka ia akan jatuh ke tahap cinta yang hina. Sebab itu, cinta pertengahan ini perlu kita mulakan dahulu dengan Cinta yang Agung tadi.

Biar cinta kita kepada pasangan kita hanya kerana Allah, cinta kita kepada insan lain adalah kerana Allah, kepada keluarga kerana Allah, kepada sahabat-sahabat kerana Allah. Di sini akan menjadi penggerak kepada kekuatan dalaman dan ikatan yang utuh dalam hubungan.

Yang menjadikan hubungan ini menarik apabila dibina atas Cinta Agung, adalah hubungan ini akan menembusi Syurga merentasi neraka.

Namun, jika tidak dibina atas Cinta Agung, hubungan ini hanyalah sia-sia dan tidak mendapat apa-apa. Gembira-gembira sebentar di atas dunia yang fana, di akhirat merana selama-lama.

3. Cinta Hina

Apakah cinta yang hina? Itulah dia cinta kepada taghut dan kesesatan. Memang mungkin kalau dikatakan begini, tiada yang akan menyatakan dirinya jatuh ke tahap cinta hina. Tetapi hakikatnya, melanggar perintah Allah SWT, tidak mengambil hukumnya sebagai aturan kehidupan, melakukan apa yang Allah larang, itu semua sudah termasuk ke dalam cinta kepada taghut dan kesesatan.

Tambah hina apabila di dalam jiwa kita ada rasa ‘cinta’ dengan maksiat dan keingkaran.

Cinta inilah yang akan menyeret Cinta Pertengahan kepada kerosakan.

Lihatlah dalam kehidupan kita hari ini. Pandang sekeliling kita. Lihat di dalam kaca TV. Bagaimana masyarakat kita memahami cinta.

Bila bercinta dilangkah semuanya. Agama, adat, sopan santun dan pantang larang. Allah diletak tepi, pesanan Rasulullah SAW tidak diendahkan lagi. Maka rosaklah keimanannya, memudahkan syaitan menyeluk ke dalam jiwanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang itu melainkan aku ini dicintainya melebihi dirinya sendiri” Hadith riwayat Bukhari.

Inilah dia cinta yang hina.

Syaitan menunggang-nunggang di atas mereka.

Di tahap manakah cinta kita?

Persoalan kepada kita adalah cinta kita di tahap mana?

Dengan jalan apakah kita bercinta? Apakah cukup sekadar melantun-lantun kalimah islamik untuk menghalalkan cinta? Atau keimanan itu perlu mengiringi cinta dalam erti kata yang sebenarnya?

Macam saya kata, bukankah pelik kalau kita kata cinta sedangkan kita melempar orang yang kita cinta itu ke neraka?

Sebab itu definisi saya mudah.

Cinta: Hendak bersamanya di Syurga.

Apakah anda nampak sekarang?

Maka di manakah darjat cinta yang kita jalankan hari ini?

Penutup: Fitrah fitrah juga. Tetapi ia perlu dikawal dengan sebaiknya

“Ala bro, ni fitrah la…”

Saya banyak kali dengar alasan ini. Ha, yalah. Siapa kata cinta bukan fitrah? Tetapi fitrah itu perlu dikawal. Makan dan minum adalah fitrah. Tapi kalau tidak dikawal? Macam-macam penyakit datang.

Begitulah cinta.

Sebab itu, manusia perlu memahami cinta dengan sebaiknya. Peringkat-peringkat cinta ini akan membantu kita beringat-ingat untuk mengukur hala tuju cinta kita.

Persoalan akhir saya tinggalkan untuk anda.

“Apakah anda mencintai diri anda sendiri?”

Sila guna definisi cinta saya.

Dan jawab sendiri dengan jujur di dalam jiwa.

Berdasarkan jawapan anda, apakah yang anda telah lakukan?


::P/S diambil dan dikongsi bersama-sama daripada http://ms.langitilahi.com/perkongsian-derajat-cinta/


Ayat-ayat cinta??

Petang tadi aku menonton ayat-ayat cinta..Sememangnya agak terharu dengan cerita tersebut dan menyetuh hatiku..Aku mengalirkan air mata kerana amat sukar melihat seorang wanita yang sanggup berkorban cintanya demi orang lain..Saje je nak menyetuh pasal cinta ni..apa itu cinta??ramai orang cakap kasih sayang antara satu sama lain...hurm..betul ke cinta itu kasih sayang? cinta yang dilahir dari kasih dan sayang itu cinta??adakah orang yang bercinta itu hanya kasihan kepada orang tersebut tetapi bukan kasih yang diberi?Cinta itu tidak akan kekal sekerinya kita hanya berasa kasihan kepada orang tersebut...Cinta jugak tidak akan kekal jika hanya satu pihak sahaja memberi kesan...Cinta antara aisya dengan Fahtri amat sukar dicari lagi..cinta berlandaskan islam...

Permulaan dan Kesudahan

Salam...sudah lama ku tidak menulis di sini...pelbagai rintangan yang ku harus tempuhi sebelum dapat menulis blog kat sini..huhu....Erm..tak tau nak tulis topik apa kat blog di sini..tapi apapon ku cuba sedaya upaya.Tajuk hari ni "Permulaan dan Kesudahan"hikhik..macam nak ceramah lak rasa...

Hidup kita tidak sentiasa indah,manusia tidak sempurna itulah kata-kata yang kita selalu keluar dari mulut kita..Pernahkah kita fikir pemulaan dan kesudahan kita sebagai manusia di dunia ini?Apakah erti kehidupan kita sebagai manusia yang tidak tahu matlamat diri sendiri?Permulaan kita dalam dunia bila kita dilahirkan di dunia ini,semasa kita lahir Ayah kita lafazkan ucapan khalimah di tepi telinga kita..sejak itu kita ibarat kain putih dan suci bersih...pada masa itu kita tidak tahu apa-apa..kita naif masa itu..Bila kita makin besar kita pun mula berubah..dulu masih kecil kita selalu pergi mengaji...tp bila sudah besar kita suka berlepak..Dulu kita suka main guli,main masak-masak tapi sekarang kita lebih suka menghadap Alam Maya...Permulaan yang bagus,seharusnya kesudahan pun jugak bagus...tp kadang2 permulaan buruk,kesudahan tidak juga yang buruk ada yang kesudahan yang bagus...

Hidup kita sentiasa ada rintangan ada halangan...Dimana bumi tak hujan, dimana pipi tidak pernah dibasahi air mata??Seberat-berat ujian dan dugaan, berat lagi ujian para nabi dan rasul, demi menyampaikan agama Allah, demi kebenaran yang hakiki. Andai mereka tidak pernah mengalah, tidak pernah berundur, apalah sangat ujian kita pada hari ini, moga hati redha dan tabah mengharunginya. Dan terus dekat dengan Sang Pencipta...Semua dugaan yang kita hadapi itu hanya permulaan yang kita akan bawa kesudahannya bila kita sudah mati dan akan dikira semasa di akhirat nanti...

Cerita 1:Ada satu geng semuanya kawan baik pada permulaannya..semua cerita mereka kongsi bersama-sama tidak kira masa dan tempat..tetapi suatu hari,salah sorang kawan tu telah menyakit hati seorang kawan nama si-A..tetapi Si A ni hanya simpan dalam hati tidak pernah luahkan isi hati tersebut..Kawan-kawan lain terus mengikut perasanan dan terus menyakiti Si-A walaupun mereka anggap tu hanya benda kecil dan gurauan je...lama kelaman si A tu tension,emosi terganggu selalu masam muka...Kesudahanya,Si A tu cuba lari dari kumpulan tersebut...Moral:janganlah kita bergurau tanpa memikirkan perasaan orang lain..seharusnya kita harus memikirkan orang lain terlebih dahulu sebelum kita keluar kata-kata...

Cerita 2: Ada seorang budak perempuan namanya Lisa.Pada permulaan lisa seorang budak yang pandai dan cerdik,tetapi disebabkan keluarga yang agak miskin dan ibunya sakit dia terpaksa korbankan pemberlajaran dia..Dia terpaksa menjaga ibunya...tetapi dia berasa tertekan dan mula berjinak-jinak dalam rokok..dari hilang tension kini dia menjadi perokok tegar..bukan itu sahaja dia juga mula menghisap gam dan menonton filem lucah...Pada suatu hari,ayah dia keluar bekerja dan xada orang pun dirumah,teman lelaki dia telah mengheret dia ke bilik dan memberi dia tgk filem tidak senonoh tersebut,pada masa itu dia berada keaadan khayal dan teman lelakinya telah melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas dirinya....Kesudahnya dia telah hamil dan teman lelakinya telah lari...hidup dia terumbang-ambing dan dikenalpasti telah hamil...Moral: Janganlah kita terlalu mengikut emosi kita,kerana emosi itu sebahagian dari hasutan syaitan dan iblis...


::P/S Kisah di atas tidak kena-mengena dengan hidup atau mati,jika terasa harap dimaafkan::

Cinta Di Ujung Jalan



Cinta Di Ujung Jalan-Agnes Monica...Khas untuk insan ku sayang selama-lamanya
Setiap tetes air mataku
Telah kuberikan untuk kisahku
Mengerti tapi tak dimengerti
Cintaku tlah diujung jalan

Setiap kata dari bibirku
Kadang tak sama dalam hatiku
Tersenyum dalam hati menangis
Cintaku tlah diujung jalan

Aku sangat mengenalmu
Aku juga cintaimu..
Tapi kau tak pernah ada pengertian
Ku senang,ku sedih
Kau tak mau tahu

Aku sangat mengenalmu
Dulu kau tak begitu
Kau bintang di hatiku
Jadilah yang kumau
Ku senang,ku sedih
Kau ada denganku

Ku mengerti kau apa adanya
Begitupun yang kumau darimu
Kau tahu rasanya diabaikan
Cintaku telah diujung jalan

Bingung

Bulan April memang memenatkan aku..Namun aku tidak pernah merugut sekali pun kerana inilah lumrah kehidupan seseorang..Bulan April bulan yang membuat aku kesedaran. Kesedaran dalam kehidupan ini..Kesedaran dalam kehidupan yang tidak selalu sempurna,tidak selalu indah..kehidupan ibarat laut yang selalu berubah-ubah.Masalah datang satu per satu...Namun aku berharap aku dapat menyelesaikannya.

Dari kisah percintaan aku dengan si dia,sekarang aku sudah mengetahui jawapan dia.Aku sedar,mengapa harus bercinta?sedangkan aku masih mentah.Aku tidak sesepurna seperti yang dia nak.Mungkin aku tidak sepadan dengan seorang puteri yang cantik ibarat Beauty and the Beast..Hahaha..kelakar kan..cinta itu buta,buta di luaran bukan di hati...Si dia ada masalah,masalah yang sukar ditempuhi..Semoga Allah memberi dia ketenangan dan petunjuk...konklusinya kisah cinta aku,sudah hancur...Namun aku tidak mengalirkan air mata aku,malah aku gembira dengan diri aku,aku bersyukur kepadaNya kerana memberi peluang aku untuk merasai perasaan ini.

Dalam masalah lain aku dihadapi lak,aku telah dilantik sebagai seketeriat Majlis Pewakilan Pelajar tetapi itu masih awal aku menjadi.selepas temu duga,aku berjaya dalam peringkat pertama tetapi perinkat kedua suruh para yang dapat tawaran itu pergi Bakti Siswa.. Walaubagaimanapun aku tidak menyertainya,kerana atas aku mempunyai program di University yang melibatkan akademik aku...Aku ingin bagi tau bahawa,bukan aku tidak mempunyai komitmen tetapi aku ada kerja yang lebih penting kerana ini melibatkan masa depan aku..Di sini Aku ingin minta maaf banyak-banyak kepada orang yang menaruh harapan tinggi kepada saya yang ingin menolong mereka..Diharap mereka dapat memahami situasi Aku..

Sekarang fikiran aku bercelaru,bingung..entah apa yang aku harus fikirkan..hurm..uban makin banyak,banyak yang aku fikir..Dari kisah cinta aku dengan "Monyet" dan karier aku sebagai pemimpin..Ya Tuhan,tabahkan hati aku ini,kuatkan semangat aku ni..ampunilah dosa-dosa aku ni...semoga aku dapat mengharungi laut yang bergelora ini dengan tabah dan cekal..


::P/S Exam dah dekat dan masalah yang timbul telah buat aku mengambil keputusan untuk deactivedkan FaceBook aku::

I just love you, loving you

I've always wanted to tell you
You've given me happiness beyond belief
Like an oasis in a desert
Say that you will forever be by my side
Be my root, my wings
Let me fly and have a nest to return to
I am willing and I am able
To give up everything without any regrets
Let's just be together and watch time pass by
Must remember the way of our love
I just love you, loving you
With sorrow, with joy, with you even ordinary is meaningful
I just love you, just loving you
Sweet and comfortable, that kind of feeling is just you
I am willing, truly willing
To give up everything to protect you
Oh together as time continues to pass
Please remember how much I love you
Wont abandon, wont leave, wont mind how much wind and rain there will be
I just love you, loving you
I place all of the radiant happiness into the palm of your hands

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants