Salam...sudah lama ku tidak menulis di sini...pelbagai rintangan yang ku harus tempuhi sebelum dapat menulis blog kat sini..huhu....Erm..tak tau nak tulis topik apa kat blog di sini..tapi apapon ku cuba sedaya upaya.Tajuk hari ni "Permulaan dan Kesudahan"hikhik..macam nak ceramah lak rasa...
Hidup kita tidak sentiasa indah,manusia tidak sempurna itulah kata-kata yang kita selalu keluar dari mulut kita..Pernahkah kita fikir pemulaan dan kesudahan kita sebagai manusia di dunia ini?Apakah erti kehidupan kita sebagai manusia yang tidak tahu matlamat diri sendiri?Permulaan kita dalam dunia bila kita dilahirkan di dunia ini,semasa kita lahir Ayah kita lafazkan ucapan khalimah di tepi telinga kita..sejak itu kita ibarat kain putih dan suci bersih...pada masa itu kita tidak tahu apa-apa..kita naif masa itu..Bila kita makin besar kita pun mula berubah..dulu masih kecil kita selalu pergi mengaji...tp bila sudah besar kita suka berlepak..Dulu kita suka main guli,main masak-masak tapi sekarang kita lebih suka menghadap Alam Maya...Permulaan yang bagus,seharusnya kesudahan pun jugak bagus...tp kadang2 permulaan buruk,kesudahan tidak juga yang buruk ada yang kesudahan yang bagus...
Hidup kita sentiasa ada rintangan ada halangan...Dimana bumi tak hujan, dimana pipi tidak pernah dibasahi air mata??Seberat-berat ujian dan dugaan, berat lagi ujian para nabi dan rasul, demi menyampaikan agama Allah, demi kebenaran yang hakiki. Andai mereka tidak pernah mengalah, tidak pernah berundur, apalah sangat ujian kita pada hari ini, moga hati redha dan tabah mengharunginya. Dan terus dekat dengan Sang Pencipta...Semua dugaan yang kita hadapi itu hanya permulaan yang kita akan bawa kesudahannya bila kita sudah mati dan akan dikira semasa di akhirat nanti...
Cerita 1:Ada satu geng semuanya kawan baik pada permulaannya..semua cerita mereka kongsi bersama-sama tidak kira masa dan tempat..tetapi suatu hari,salah sorang kawan tu telah menyakit hati seorang kawan nama si-A..tetapi Si A ni hanya simpan dalam hati tidak pernah luahkan isi hati tersebut..Kawan-kawan lain terus mengikut perasanan dan terus menyakiti Si-A walaupun mereka anggap tu hanya benda kecil dan gurauan je...lama kelaman si A tu tension,emosi terganggu selalu masam muka...Kesudahanya,Si A tu cuba lari dari kumpulan tersebut...Moral:janganlah kita bergurau tanpa memikirkan perasaan orang lain..seharusnya kita harus memikirkan orang lain terlebih dahulu sebelum kita keluar kata-kata...
Cerita 2: Ada seorang budak perempuan namanya Lisa.Pada permulaan lisa seorang budak yang pandai dan cerdik,tetapi disebabkan keluarga yang agak miskin dan ibunya sakit dia terpaksa korbankan pemberlajaran dia..Dia terpaksa menjaga ibunya...tetapi dia berasa tertekan dan mula berjinak-jinak dalam rokok..dari hilang tension kini dia menjadi perokok tegar..bukan itu sahaja dia juga mula menghisap gam dan menonton filem lucah...Pada suatu hari,ayah dia keluar bekerja dan xada orang pun dirumah,teman lelaki dia telah mengheret dia ke bilik dan memberi dia tgk filem tidak senonoh tersebut,pada masa itu dia berada keaadan khayal dan teman lelakinya telah melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas dirinya....Kesudahnya dia telah hamil dan teman lelakinya telah lari...hidup dia terumbang-ambing dan dikenalpasti telah hamil...Moral: Janganlah kita terlalu mengikut emosi kita,kerana emosi itu sebahagian dari hasutan syaitan dan iblis...
::P/S Kisah di atas tidak kena-mengena dengan hidup atau mati,jika terasa harap dimaafkan::
0 comments:
Post a Comment