Motivated

14 oktober,aku dan rakan-rakan pergi USMKK untuk mendengar forum Rejuvenasi Mahasiswa. Pertama kali selama dalam dua tahun aku digelar Mahasiswa dan ini pertama aku pergi forum yang begitu penuh dengan ilmu.Dengan mengenali ramai rakan-rakan yang juga hadir dalam forum tersebut. Forum ini dipanel oleh 3 orang panel iaitu Timbalan Pelajaran Tinggi-Datuk Saifuddin Abdullah, Mantan YDP MPP USM-Saudara Mohammad Syafiq Abdul Aziz dan Panel terakhir Exco MPP USMKK iaitu saudari Siti Aminah Alawiah.

Sepanjang forum tersebut memberi pelbagai makna kepada aku,mungkin juga kepada rakan-rakan aku yang pergi. Forum tersebut telah merungkai dan berbincang masalah-masalah yang timbul dalam kalangan Mahasiswa. Ini sedikit sebanyak kita sudah dapat mengetahui punca dan resolusinya. Siapa diri kita sebenar yang bergelar mahasiswa ini? Adakah kita sebagai mahasiswa cuma tahu untuk mengejar keputusan dan belajar di IPT sahaja?

Aku juga tertarik oleh panel oleh Mantan MPP USM, beliau bercakap" Kita Mahasiswa tidak harus dibandingkan dengan Mahasiswa zaman dulu,kerana kita tidak sama di pentas dan zaman,dan ini sememangnya tidak adil kita dinilai sebegitu" dan juga saudari Siti Aminah bercakap "Mahasiswa sekarang berbudaya 3k,iaitu kuliah,kafe,dan kolej kediaman"

Dalam forum tersebut telah merungkai sedikit sebanyak dan dikuksi secara minda terbuka. Forum sebegini harus diteruskan lagi agar ini dapat membawa lahir Mahasiswa yang lebih berminda kelas pertama. Aku juga berharap di University aku juga dapat mengadakan forum seperti ini dan juga berharap,rakan-rakan juga harus turun untuk menyokong dan merejuvenasikan Mahasiswa sekarang..Ayuh semua!!

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants