Apabila hati dan jiwa kita penuh dengan kasih sayang, tiada lagi ruang untuk perasaan benci. Bila diri kita dihiasi dengan sifat-sifat terpuji, sifat-sifat mahmudah, tiada lagi ruang untuk sifat-sifat keji dan sifat-sifat mazmumah.
Sesungguhnya, di antara perkara yang baik dan perkara yang buruk itu ada benteng di tengah-tengahnya, maka ia tidak akan bercampur baur. Melainkan benteng itu telah roboh.Sibukkan diri dengan melakukan perbuatan yang baik, bercakap perkara yang baik.
Bodohnya aku ini,mengharapkan sesuatu yang belum tentu kepada aku. Tetapi sesungguhnya aku berusaha,untuk mendapatkannya.. Namun demikian,dia tidak faham tentang aku. Yea lah,aku budak kampung,tetapi aku suka merantau,setakat KL itu sudah berpuluh kali aku pergi. Tetapi aku masih tidak boleh terima cara sosial di sana, berbanding aku pergi ke thailand/Jepun. Masyarakat sana lebih berfikiran kelas pertama. yea, aku lebih sensitif,aku sensitif aku ingin menjaga kamu,dirimu. Masih kamu tidak faham.
Cinta..Hakikatnya indah
Namun manusia sering menjadikannya jelik
Cinta..Hakikatnya suci..
Namun manusia sering mengotorinya
Banyak orang bahagia kerana cinta
Tak sedikit orang menderita kerananya
Cinta sukar untuk ditafsirkan
Tanpa iman dan pedoman
Sering disalah ertikan.
Maka..Apakah hakikat cinta yang sebenarnya?
Cinta yang bagaimanakah
Bertakhta di hatimu
Jua hatiku?
0 comments:
Post a Comment