Kau..

Kau hanya seorang insan...
Kau hanya seorang wanita...
kau hamya seorang yang ku cinta...
kau hanya seorang yang ku sayang..

Kerana kau aku cinta kepada mu....
Kerana kau aku sayang kepada mu...
Kerana kau aku korban untuk mu...
Kerana kau aku rela demi kamu...

Kau ibarat sehelai kertas putih,
yang begitu mudah untuk dikotori.
Kau ibarat sehelai kertas nipis,
yang mudah terkoyak.
Kau ibarat kertas yang lemah,
namun mampu melukakan.
Kau ibarat kertas kosong,
terserah kepadamu bagaimana
mahu mencorakkan dirimu sendiri.


::p/s::
Jangan jadi lemah, kerana kau bukan dilahirkan semata-mata untuk menangisi hidupmu. Kau harus tabah. Kau harus teguh. Kalau kau jatuh, bangunlah. Kalau kau menangis, kau kesatlah airmatamu. Jangan menunggu tangan-tangan lain menarikmu ke atas. Usah tunggu tangan-tangan lain menyapu airmatamu. Ingat, biarpun seorang diri, hidupmu harus kau teruskan.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants