Sayang



Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Aku diam

Aku diam bukan bererti marah,
Aku diam bukan bererti tak peduli,
Aku diam bukan bererti menyesal,
Aku diam bukan bererti aku ingin pergi.

Tapi aku diam agar aku boleh menenangkan fikiranku.
Diamku juga agar kau boleh sedikit memahami dan mengerti,
Erti kedewasaan...

Bila perpisahan itu berlaku kerana ALLAH maka , yakinlah ALLAH telah menuliskan yang terbaik untuk kita , usah terlalu bersedih kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA , maka jadikan solat , al-Quran , zikir itu sebagai penolongmu . Bersabarlah , pasti ada yang terbaik untuk kamu :)

Di kala malam

Malam yang agak sepi,roomate masing-masing buat kerja..sunyi sepi bilik ini, lalu aku teringat si dia....kenapa aku ingat dia lagi?sedangkan dia tidak pernah memberi aku hari yang baik...ahaks..tak mengapalah...aku hidup dengan sebaik-baiknya..yea,agak kekok walaupun handphone tidak selalu bunyi dan tidak berkepit dengan handphone 24jam....hahaha...tapi aku masih boleh hidup...aku buang segala-galanya apa yang berkaitan dengan dia...hahaha....cinta tidak harus menyesal..kerana ini ujian Allah swt kepada kami untuk menguji kita kepadaNya...sayang,kasih itu adalah perasaan yang sempurna Allah bagi kepada Manusia...namum harus ingat bila terlebih maka syaitan akan mengambil perluang untuk merosakkan dan kita bukan cinta kerana kebaikan org tersebut tetapi hanya nafsu..

hari demi hari,siang menjadi malam,malam menjadi siang,aku bersyukur kepada Allah swt memberi peluang aku hidup dan menjalani seorang umat yang sering lalai ..masyaAllah....nikmatnya tuhan memberi aku ini...memberi aku kenali dunia ini....ok lah..aku ingin tido dan melupakan segala-galanya(mungkin) selamat malam kawan2....

Terasa di Syurga

Engkau tersenyum malu
Bila ku bertanya
Adakah diriku ada di hatimu

Aku amat terasa
Lirikan manjamu
Membuat diriku terus terlena

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

ps::keep listening this song again and again.....

Aku benci

semakin hari aku benci...tp aku cuba jauhkan perasaan itu,kerana itu hasutan syaitan..sejauhmana aku benci awak pun,aku masih lagi ada perasaan sayang terhadap awak,tak ada beza pun awak dengan pompuan lain...awak cakap awak hanya kwn,yea memang kawan..tetapi kenapa dulu awak perlu mesra sgt dengan aku?bukankah ini membuat aku rasa lain?hurmm....bodohnya aku kan...ahaks...awak rasa awak tak main perasaan...sbb awak tak duduk tempat aku,mana awak rasa...cubalah duduk tempat aku...tak perlu bicara banyak...hahaha...biasalah kan....nak orang handsome dari aku baik dari aku...aku ni apa sahaja...hahaha...muka fail,study lagi, rezeki tu Alhamdulilah Tuhan bagi aku cukup2 untuk belanja untuk main karier aku...hahahaha.....Aku jarang benci mahluk Allah...tetapi entah kenapa perasaan benci ini terhasil apabila aku fikir pasal awak...hahahaha......hebat syaitan menghasut aku..subahanallah....tak mengapa....biarlah awak,memang la aku tak faham awak sangat kan.....memang pun.....awak dengan calon awak mesti da lama kan...hahaha...dia lebih faham kot...aku ni baru kenal 4bulan jer...hahahaha....buatlah awak nak buat apa....sudah cukup.....aku benci org yang menipu....kalau da ada cakap jer lah masa kita kawan...tak payah nak sorok2...awak cakap awak nak kapel...tetapi bukan dah kapel..beza ok...faham....hahahaha....terpulang lah kepada awak la wak...aku percaya Allah Maha Esa...aku tidak memohon ehsan dari awak...hahaha.....sekian lah awak.....aku hidup lebih bahagia lagi bila aku da tau semua....mcm ni rupanya....judge awak? hahaha....hidup tanpa penilai bukan hidup la awak...Allah bagi akal fikir jer lah..pendapat masing2....ok lah,aku sudah benci awak....dan memang benci.....

Selamat tinggal Cinta

"Cinta..adapun sukar untuk mengertikan, bukan sekadar lafaz,tersembunyi topeng niat merasakannya.kerana wujud cinta sinar,segala kesedihan,mempengaruhi nikmat hidup,bebas berlengu nafsu. Wujud cinta bagaikan tiada wujud,tak kala manusia menyuarakan kesesatan..wajah bertemu wajah,tersembuyi cinta sejati..lebur dalam pelukkan sang kekasih...belajar menghargai di depan kita sebelum terlambat....."

awak memberi memory yang indah kepada aku...aku akan outstation nanti...untuk lanjutkan pemeriksaan badan buat kali terakhir...dan mungkin aku akan operated..aku redha...redha dengan takdir tuhan menetapkan segala-galanya...aku hanya catur di dunia ini...aku nak awak benci aku selamanya...tidak terkongkong dengan segala yang ku beri lagi...jika awak ingin mencari pasangan,carilah yang terbaik untuk dirimu di dunia dan akhirat...aku sedar aku bukan terbaik...aku berdoakan bahagia awak...kalau awak tahu,sebenar aku selalu berdoa untuk awak untuk sentiasa keadaan baik dan teruskan hidup awak serta mencari pasangan hidup awak sendiri...Aku harus pergi..aku pentingkan diri..iyea..ini diriku....selanat tinggal awak....segala milikmu ku simpan di tempat yang tiada orang boleh cerobohi..iaitu hatiku ini.... =) izinkan aku undurkan diriku ini dari hidup awak... "senyum sokmo deh"..."ciuman" pertama awak tidak akan lupakan....

mungkin awak baca tidak akan tersentuh hati awak...mungkin ini aku terakhir menulis di sini.....

"Kita berdoa meminta daripada Allah isteri yang cantik. Kemudiannya kita bernikah tapi isteri kita tidak secantik yang kita idamkan. Kita kata Allah tak makbulkan doa kita. Walhal Allah Maha Mengetahui.. Dia tahu bahawa yang cantik itu tidak baik untuk kita. Dia tahu kita perlukan kebahagiaan, kasih sayang. Dia beri apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahu..

Usah kau tangisi perpisahan
Aku merasai cinta
Aku kau dia bahagia rasa
Bersatu dalam cinta yang membara
Biar sakit ku kerna cinta
Ternyata untuk yang sempurna

Terlintas fikiranku

Hanya itu yang aku mampu
mampu memberikanmu
aku tidak sempurna 

Itu sahaja yang aku mampu
yang hanya terlintas dalam fikiranku
aku tidak memohon apa-apa
hanya berdoa kamu sihat-sihat sahaja

Aku lepaskan kamu,
bukan yang aku inginkan
aku hanya terlintas fikiranku
untuk memberikan kamu yang terbaik

Terlintas fikiranku juga
ada penyesalan,
namun aku harus pandang hadapan
kerana ini takdir dari Tuhan


Aku tidak salahkan sesiapa,

kerana ini keputusanku,
semoga,kamu di sana berbahagia
dengan pilihanmu.

Luahan dengan Menulis

Malam yang sepi tanpa dengan keadaan yang sejuk, masih ku berada di kedai kopi bersama-sama dengan kawan-kawan ku menonton perlawanan barcalona dengan real madrid. Tiba-tiba hatiku ini tergerak untuk menulis. entah kenapa.aku suka menulis daripada bercakap,berkongsi secara lisan..ini kelemahan aku. Saya rasa mungkin aku jenis yang "pendiam" dalam meluahkan perasaan. yea mungkin..hidup ku sekarang mengajar aku semakin matang,semakin untuk berkomunikasi dengan seseorang... Tahukah anda, pesyarah aku menyatakan bahawa,orang yang pandai bercakap/luah tidak semestinya elok,dan orang yang pendam dan senyap tidak semestinya tidak elok. Sejenak aku berfikir, manusia harus berfikir secara rasional sebelum buka mulut untuk berkata-kata. contohnya seperti menggunakan kata-kata dengan menyatakan untuk ketidakpuashatian terhadap  sesuatu yang telah merosakkan kita. dengan ini kita mungkin menggunakan kata-kata untuk berbincang,dan menyatakan hasrat kita. Manakala dengan pendam,mungkin tidak mahu merosakkan hubungan antara satu lain..dari kata-kata "tikam hati" perasaan kawan atau orang lain,maka kita lebih elok untuk berdiam.tidak salah berdiam,orang tidak akan melihat kamu seorang yang lemah,,

Aku lebih kepada seorang yang pendam,mungkin aku dikeliling ramai kawan,bila berkawan aku cuba sedaya upaya untuk mengawal percakapan ku.. namun tidak ramai org yang faham,dan biasa asyik menunding jari kepada aku. aku hanya insan wahai sahabatku...selalu ada kesilapan...Aku bersyukur kepadaNya kerana memberi peluang aku hidup di dunia ini,dan mendekatinya...sekarang aku lebih tenang,mencari kecahayaan dalam hidup.Yang lepas sudah lepas, aku harus teruskan hidup aku.... semoga hidup aku yang tidak panjang ini terus mencari ilmu.. =)

lie?worthy?

2012/3/10 Morning 9.39am Malaysia

this is my second week without her.....i still miss her,our past time together..although is only 3month...that were a lot of the memory that make us be mature.. i hope she always be fine,and take care on herself.. yeah...did she remember also??i hope so....this time i live without her...why i live her and lie to her that i will married? because i felt that i always make her sad..make her angry....i took decision for her future... is ok for me..nvm..i hope my scarified she wont know....my life is very short now.....maybe 5years or less....i sick worst....yea..she nver know..cz i did not told her...hahaha....stupid right?? yeah..every night i just pray wish her have a good life.....wish her succeed in the future....i cant make her happy anymore....i need to leave this world soon...i dont want!!i miss her a lot...a lot thing i want to share with her,smile with her....sorry dear...i broke ur promise...take care....

Kelip-Kelip

Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku cuba menyuluhkan sinar
Agar malam mu cerah

Jika pernama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi

Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi
Menyinar bagai kelip-kelip

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants