Kehebatan bersedekah

Apabila dari rumah Rasullullah S.A.W,Ali menemui Fatimah,isterinya,
"Wahai wanita mulia,apa kamu mempunyai makanan untuk suamimu?"

"Aku tidak mempunyai apa-apa"jawab fatimah lembut.

"Salman memberi aku enam dirham sebagai upah memintal.Aku akan belikan makanan untuk Hasan dan Husin."

"Biar aku sahaja yang pergi membeli.Mana duitnya?"kata Ali

Di tengah jalan,Ali bertemu lelaki yang mengatakan,"Siapa yang mahu meminjami Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati janji?"Tanpa berfikir panjang,Ali menyerahkan duit enam dirham itu kepadanya dan pulang dengan tangan kosong. Si isteri yang mengetahui perkara itu hanya mampu menangis.

"Wahai wanita mulia,kenapa kamu menangis?"

"Ali,kamu pulang tanpa membawa sesuatu?"

"Aku meminjamkan duit itu kepada Allah."

"Baiklah kalau begitu.Aku menyokong tindakan kamu."

Tidak lama kemudian,Ali berangkat meninggalkan rumah kerana mahu menemui Rasulullah S.A.W.Di tengah jalan,dia dihampiri lelaki Badwi yang sedang menuntun unta."Abu Hasan,belilah unta ini"

"Aku tidak ada duit"jawab Ali

"Kamu boleh membayarnya bila-bila masa sahaja"

"Berapa harganya?"tanya Ali

"Tidak mahal.Seratus dirham sahaja."

"Baiklah,aku beli."kata Ali,yang kemudiannya meneruskan perjalanannya sambil menuntun unta itu.Baru beberapa langkah dia berjalan,seorang Badwi lain menghampirinya.

"Kamu mahu menjual unta itu?" tanya Badwi itu.

"Ya"

"Berapa harganya?"

"Tiga ratus dirham"

"Baiklah aku beli" Kata Badwi lalu mengambil tali pengikat unta dan memberikan 300 dirham kepada Ali.Ali segera pulang ke rumah lalu menceritakan kisah itu kepada Fatimah

"Apa yang kamu bawa itu?"tanya Fatimah.

"Wahai puteri Rasul,aku membeli unta berharga 100 dirham dan bayarannya boleh dibayar kemudian.Unta itu kemudiannya aku jual dengan harga 300 dirham."

"Subhanallah,"kata Fatimah.

Selepas itu,Ali segera pergi menemui Rasullulah S.A.W di masjid.Melihat Ali memasuki masjid,beliau tersenyum.

"Abu Hasan,tahukah engkau siapa Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta itu tadi?"tanya Rasullulah S.A.W

"Tidak,"jawab Ali sambil mengelengkan kepalanya,"Allah dan Rasullullah yang lebih tahu."

"Berbahagialah kamu,kamu memimjamkan enam dirham kepada Allah.Allah memberi kamu 300 dirham,"kata Rasullulah S.A.W.Beliau menyambung lagi,"Badwi yang pertama adalah Jibrail dan yang kedua adalah Mikail.

..........................................................................................................................................................................

Allahu Akbar! Kita tidak lagi mempunyai alasan bagi mengelak daripada memberi sedekah.Begitulah mukjizat sedekah.

::P/S "Sesiapa yang mahu doanya terkabul ataupun dibebaskan daripada kesulitan,dia perlu membantu dan mengatasi kesulitan orang lain," Hadis Riwayat Ahmad.

2 comments:

Mujahadah Al-Knight said...

SubhanAllah... Apabila kita membantu orang lain ikhlas kerana ingin keredhaanNya, Allah akan membantu kita kembali...

nicholas chuah said...

Amal sedekah dengan keikhlasan hati..bukan dengan menunjuk-nunjuk macam zaman sekarang...sedikit sedekah da nak masuk paper,media ni la itu la...hurm...sedekah mcm tu tidak bawa berkat...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants