Ibuku Tersayang

Kerja pagi sampai malam,malam sampai subuh..itulah hakikat kehidupan di dunia ini..Kerja untuk mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.Dengan petang matahari yang mendung dan angin sepoi-sepoi melalui tingkap aku,aku terasa nyaman dan tenteram.Aku rehat sebentar sebelum meneruskan kerja aku.Lalu aku termenung ke arah tingkap yang berhampiran dengan meja kerja saya.Saya terlihat suasana langit yang kemerahan dan cantik.Hatiku berucap "SubanAllah"inilah kecantikan yang Sang Pencipta untuk kita,pernahkah kita menghayati dengan ikhlas?aku terus termenung,dan lagu yang dipasang membuat aku teringat zaman kanak-kanak.aku terus menghayati lagu tersebut..

"Aiman,oh Aiman...datang sini Nak" ibuku memanggilku...saya meletakkan pensel sebelum aku meneruskan kerja sekolah yang cikgu bagi semasa di sekolah tadi.Kehidupan keluarga aku sederhana,kais pagi makan pagi,kasi petang makan petang.

"ye mak?" jawapku."ada apa mak"sambunganku lagi..

"Tolong mak picit belakang ni Man,Mak rasa tak sedap badan lar"

"Ok,no problem"jawapku dengan ketawa-tawa.

"Man,man buat apa kat bilik tu?"ibuku bertanya sambil menghayati saya mengurut...

"Buat kerja sekolah mak"jawapku dengan ringkas.

"Oh,bagus la Man,Man kena belajar rajin-rajin tau,orang yang berilmu sahaja yang dapat menghadapi cabaran di dunia ni,jangan malas!orang malas orang rugi.."ibuku menasihatku,pada masa itu,aku masih belum matang,tidak faham apa yang ibuku cakap.

"Ye Mak"jawapku dalam keadaan kebingungan.

*******************************************************************
Lima tahun kemudian,kini aku berada di sekolah menengah,pada masa itu,aku tidak macam dahulu lagi yang sering belajar dan berhadap dengan buku.Kini aku berubah menjadi malas,selalu ponteng sekolah,melanggar disiplin sekolah..Akhirnya pihak sekolah menghubungi keluarga aku.Ibuku datang ke sekolah,pihak sekolah melaporkan semua perkara yang saya lakukan di sekolah ini kepada ibuku.Ibuku hanya berdiam dan tidak bercakap apa-apa,mungkin ibuku malu dengan tindakan aku..

Di rumah,ibuku hanya berdiam dan tidak berkata-kata.Aku berasa salah kerana selama ini Ibuku sebagai pemberi nasihatku dan penyokongku selain daripada adik-beradik walaupun sudah lama aku dan adik-beradik tidak dapat merasa kasih sayang dari seorang bapa.Aku berasa sedih..

"Mak rasa kecewa Man."Ibuku berucap keadaan dengan nada yang sedih.Pada masa itu,aku hanya berdiam diri.

"kenapa Man buat macam tu,kenapa!?Man tahu tak bahawa Man telah lukai hati mak,Mak betul-betul kecewa."sambungan mak lagi.

Pada masa itu,dengan tiba-tiba aku berasa marah dan terus keluar dari rumah.Aku tidak menghiraukan laungan Ibuku,aku terus membonceng motosikal dan terus keluar dari rumah.Aku tidak tahu mana hala tuju aku,dengan pintas aku menuju ke rumah kawan baik saya;Halim.

"Kenapa dengan awak ni Man,awak lari rumah ke?"Halim bertanya.

"Emmm....."aku hanya berdiam diri.

"Kenapa ni Man,apa masalah kamu ni?"Halim bertanya lagi

"Mak aku marah aku,aku tak tahan terus keluar dari rumah"jawapku dengan marah.

"Astaqfillahazim,Man...bawa berucap Man,kamu tahu,tapak syurga kita di bawah ibu kita Man"Halim memberi nasihat kepada aku.

"Jap lagi aku balik ar"jawapku dengan ringkas.

Tuuuuttt....ttuuuuutttt.....tttuuuuuuutttttt.....telefon bimbit aku berbunyi lalu aku jawap.

"Ye,adik ada apa?"

"Bang....bang.......mak........"

"Ada apa adik?bertenang dik"pintaku..

"Bang,mak...mak....masuk hospital"

Saya terdiam dan tidak percaya,saya terus pergi ke hospital tersebut.

"Apa yang berlaku ni"tanya saya kepada adik

"Masa abang lari dari rumah,mak bimbang lalu mencari abang dan semasa berada di simpang jalan lalu dilanggar oleh sebuah kereta ...."jawap adikku..aku terdiam dan tiba-tiba rasa aku derhaka kepada ibuku dan aku tahu yang aku berdosa besar,lalu saya teringat nasihat dari kawan baikku.Aku berucap beberapa kali.

Sudah 4 jam Ibuku berada bilik kecemasan.Hatiku tidak tenang,hujan di luar sana terus lebat membasahi bumi,nanum lebat lagi air mataku mengalir.Berkali-kali aku cuba memujuk diri, beristighfar. Berulang-kali menyebut nama Allah, kalimah suci Tiada Tuhan melainkan Allah...Aku sembahyang dengan meminta ampun dari Allah,Ya Allah sesungguhnya Kamu Maha penyayang dan Maha pengasih,ampunilah dosa-dosa aku,selamatkan ibu..amin.

Selepas beberapa jam kemudian,akhirnya doktor keluar dari bilik kecemasan,doktor berasa terkejut kerana dengan keadaan mak aku sebelum ni parah,kini kembali ke stabil dan berada tahap selamat.Aku terus berucap,dan terima kasih kepada Allah SWT kerana memberi peluang sekali lagi.Masa masuk ke bilik,aku terus minta maaf dengan Mak.

"Mak,minta maaf...Maafkan Man..Mak"ampunilah Man,Mak.

"Man,tiada seorang ibu yang marah kepada anaknya"Jawap mak dengan senyum..

Tuuuuuuuutttt..........tuuuuuuuuuuuutttt...............tuuuuuuuuuuuuuuutttt...
Aku tersedar dari lamunan tadi..Lalu jawap telefon.

"Hello Man,malam ni Man balik rumah makan tak?"

"Balik,jap lagi Man sampai ye Mak."
**********************************************************
Ibu Bapa kita tiada ternilai daripada harta benda di dunia ini.Hargailah dan menyayangilah kedua ibu bapa kamu.Jangan sesekali derhaka dengan Ibu Bapa kamu.
Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api neraka. Firman Allah bermaksud: "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa." (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants