AUKU ke AUTA??

Masihkah ingat lagi kes 4 orang mahasiswa yang telah ditarik anugerah dekan,gara-gara hanya untuk membuat analisis kerana ini membabitkan khusus mereka ambil-sains politik,dan masih ingatkah 2 orang mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan UMNO baru-baru ini?dan juga yang terbaru 4 mahasiswa juga ditahan di galas.

Apa yang aku ingin tulis di sini dan ingin bertanya,salahkah mahasiswa berpolitik?salahkah mahasiswa menyokong aliran lain selain kerajaan?Mahasiswa sekarang ingin bergiat aktif,tetapi dihalang oleh pentadbiran,Mahasiswa ingin bergiat politik,tetapi dihalang oleh AKTA AUKU, 2 orang Mahasiswa yang terlibat dalam Pehimpunan umno langsung tidak diambil tindakan atas alasan Pihak Universiti membenarkan mereka mengambil bahagian dalam pehimpunan tersebut.Secara rasionalnya dalam AUKU mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik tetapi macam mana pihak university benarkan?Ini kita dapat menglihat secara celik dan akal yang waras akta tersebut harus dimansuh tidak perlu dipinda lagi,kerana sudah bercanggah dan tidak adil kepada mahasiswa.

Sanggup Universiti ini memusnahkan masa depan pelajarnya sendiri hanya kerana perbezaan politik. Mungkin perlu dijelaskan kepada pihak pentadbiran universiti, bahawasanya parti pembangkang bukanlah musuh Negara, Kita hanya mempunyai Ideologi tinggi untuk mengubah di negara ini,tetapi kita tetap masih dilayan seorang kana-kanak lagi.Jika perkara ini masih berterusan maka jawapan dia Musnahlah negara kita kerana masih lagi ada pemimpin yang terikat dengan pentadbiran penjajah "pecah perintah"

sekarang mahasiwa harus sedar,kita bukan sahaja tidak membenarkan politik malah kebajikan pelajar juga semakin terabai.Di Univeristi aku,kebajikan sememangnya teruk dari sehari ke sehari,dari masalah ketiadaan air,masalah keselamatan mahasiswa juga telah terabai.Bila ditanya,dengan slambanya berjawap kita tengah prosess...bangkitlah mahasiswa,usah lagi kita dicucuk hidung lagi.Negara kita tengah nazak,sudah masa kita bangkit dan membaiki keadaan..

mahasiswa berpendirian bahawa sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan secara total memandangkan aplikasinya yang sama sekali tidak relevan dan bersifat menyekat kebangkitan mahasiswa. Sekiranya pihak kerajaan Malaysia ingin melihat peranan mahasiswa terus hidup sebagai pemimpin muda Negara, maka menjadi tanggungjawab segera pihak kerajaan untuk memansuhkan AUKU. Apa yang pasti ialah, mahasiswa akan tetap agresif dalam menggerakkan proses perubahan samada AUKU dipinda ataupun terus kekal sebagai akta yang mengekang dan ketinggalan zaman.

Mahasiswa akan terus menghidupkan peranan sebagai agen semak dan imbang kepada sistem demokrasi Negara dengan bersifat responsif terhadap isu-isu nasional mahupun dasar-dasar Negara yang dilihat perlu kepada penelitian semula. Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk bertindak secara agresif sekiranya terdapat ketirisan dalam pengamalan demokrasi dan akan mengambil sikap kritikal dalam mengusulkan agenda perubahan yang konstruktif kepada pihak kerajaan.

p/s::.tiba2 ingin tulis pasal ini....bangkitlah mahasiswa!!student power!!

2 comments:

Anonymous said...

Yang di Galas tu mereka cuma ditahan, bukan ada apa apa tindakan pun..

Anonymous said...

AUKU benda bagus beb..


Kalu ada tak kena, kepair lah. Tapi tak boleh kasi haram terus. Banyak manfaat beb. Mcm ISA

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants