Jangan kamu lalai

Dari saat ke minit dan minit ke jam..jam ke hari,hari ke bulan,bulan ke tahun dan tahun ke??hurm..saya baru tidak update blog saya baru 3 hari,sudah ada kawan saya yang tertanya-tanya kenapa saya tidak update kan saya...alasan saya senang..sibuk..heee...sebenarnya saya malas terlalu fanatik dengan alam maya ini...saya sedar dari hari ke hari,nyawa kita akan pendek dan dosa dan pahala kita? belum kita tahui...sebenarnya saya ingin berkongsi pasal Alam Maya dan Alam Nyata...

Zaman ini atau globalisasi,apa yang sebenarnya globalisasi,mungkin ramai yang akan jawap,dunia tanpa sempadan. yea memang betul...Tahukah anda bahawanya diri anda sudah terjerat dalam dunia Maya??contohnya,laman web sosial seperti facebook ,friendster,twitter dan lain-lain lagi yang telah menjeratkan kita dalam alam tersebut...ada yang online berjam-jam dihadapan laptop masing-masing....bukankah kita sepatutnya mengambil masa tersebut untuk beribadah atau membuat kebaikan??

Dulu sebelum kita mempunyai teknologi yang canggih,kita main bola atau aktiviti luar ketika waktu lapang...namun sekarang telah berlaku sebaliknya...terutama bagi negara yang sedang maju seperti kita...tahukah anda purata rakyat kita menghadap dunia maya berapa jam??jawapannya lebih dari 6 jam!! entah apa nak jadi..jika 8 jam tolak dengan 24 jam maka tinggal 18jam lagi...itu masih tidak tolak dengan tidur aktiviti luar dan makan...

jika kita ambil masa itu untuk membuat benda yang berfaedah,nescaya itu lebih baik daripada melakukan benda yang tidak berfaedah...jika kita terus berada dalam dunia alam maya,saya percaya hati kita akan "gelap" dan lupa ajaran yang sepatutnya kita bawa...Dunia teknologi sememangnya memberi kita kemudahan dalam mencari maklumat,jika kita salah menggunakannya maka terpesong lah kita..wahai insan-insan yang dikasihi ,jangan kamu lalai.daripada ajaran yang sepatutnya...dunia hanya sekejap sahaja,fikirlah dunia akhirat yang bakal kita hadapi jika kita masih belum menarik rahmat dariNya

Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesusahan. (Surah Al-Baqarah: Ayat 185)

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Top Web Hosting | manhattan lasik | websites for accountants