Hahaha...malas nak update blog sebenar..bukan apa,malas nak fikir idea-idea untuk menulis kat sini...tetapi disebabkan permintaan ramai..saya pun update la blog ni..
Sejajar dengan tajuk saya,erti kehidupan,apa yang dimaksudkan erti kehidupan??semenjak kita lahir di dunia ini,pernah kita mengerti apa itu kehidupan?selepas kita berada di perut emak kita,kita sudah berada di dunia kandungan mak..selepas ditiupkan"roh" ke dalam jasad kita ,kita mula menlangkah di dunia ini..kehidupan kita ada masam dan manis(kadang2 pedas pun ada)
Semasa kita berada alam kanak-kanak,kita tidak pernah fikir apa masalah yang kita buat,apa yang kita tidak harus buat,kita tidak risau apa-apa..tetapi semakin kita meningkat dewasa kita mulai fikir apa masalah yang dihadapi..banyak merungut tentang masalah dihahapi...kita tidak banyak bersabar,sikap terburu-buru melakukan sesuatu perkara...
" Dan, bersabarlah dalam menunggu keputusan Tuhanmu. Maka sesungguhnya kamu berada dalam pengawasan kami"surah al thur ayat 48
Makin hari makin kita menjadi,dah mula fikir benda-benda pelik,biaslah sikap ingin tahu..sikap tersebut memang bagus..tetapi seharusnya ada batasan bukan bebas...keluar kata-kata lucah,keluar kata-kata kesat?keluar kata-kata fitnah atau mengumpat??tidak sedarkah kita sedang dilihat oleh malaikat kiri kanan kita?Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat
itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina,
apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
dan Ibnu Hibbad)
Hidup?untuk siapa kah kita hidup di dunia ini??kita hidup untuk kita di akhirat...Kesakitan, kesepian, hidup dan mati, sentiasa berlegar-legar sekeliling kita. Tiada siapa antara kita yang hidupnya bebas dari masalah atau kesulitan. Orang kaya dengan masalah mereka, orang miskin juga ada masalah. Orang bijak dengan masalahnya dan orang bodoh pula dengan masalahnya yang lain pula. Ah~ Pendek kata, semua dari kita pasti ada masalah masing-masing...
Kita ada diri kita,kita untuk diri kita,kita tahu diri kita...Allah akan tunjuk kebenaran jika itu benar,dan Allah akan tunjuk balasan jika kita masih lalai di dunia ini
Malas nak update...
9:53 AM
nicholas chuah
0 comments:
Post a Comment