Semasa Linda berada di University,ramai yang ingin mengenalinya kerana sikap keayuan dan bijak dalam pembelajaran.Ramai jejaka dan kacak yang ingin mengenalinya.Namum demikan dia hanya tidak mengedahkan mereka kerana dia hanya anggap hanya gurauan dan dia tidak pernah terbuka hati ingin menerima hubungan cinta.
Namun demikian,sampai satu masa,ada seorang jejaka yang bernama Halim,yang cuba memikatnya dengan pelbagai cara.Tetapi itu,tidak menyebabkan Linda terbuka hati untuk menerima lelaki dalam hidupnya.Halim tidak putus asa dan cuba lagi dan cuba lagi untuk memikat Linda.Halim sanggup berkorban apa sahaja untuk Linda tidak kira di mana,sama ada dalam bidang pembelajaran atau bidang lain.
Sampai suatu hari,Linda dan rakan-rakan lain telah tamat pembelajaran dan mendapat pekerjaan yang bagus.Pada masa itu Halim berkata kepada Linda bahawa dia betul-betul mencintai dengan dia,namun hati Linda tetap masih belum terbuka dan Linda berkata bahawa lepas dua tahun baru dia ingin mencari pasangan hidup. Lalu ini telah memberi peluang kepada Halim untuk menunggu Linda.
Halim selalu menghantar pesanan ringkas atau menelefon linda setiap malam dengan berharap Linda dapat menerimanya.Kadang-kadang Linda melayan Halim dan kadang-kadang Linda tidak melayan Halim kerana sibuk dengan pekerjaannya..
Dua tahun telah berlalu,saat yang dinantikan oleh Halim telah sampai. Halim telah menghantar rombongan peminangan untuk meminang Linda.Tetapi keadaan yang tidak disangka telah berlaku,bahawa Linda telah menolak peminangan tersebut. Hati Halim yang sekian ini teguh dan sabar telah hancur berkecai..Halim begitu kecewa dan sejak hari itu Halim tidak mencari Linda atau menelefon Linda.
Dari hari ke hari,bulan ke bulan, hati Linda tiba-tiba berasa sunyi,kerana selama ini hanya Halim yang menelefon dia dan berborak-borak.Linda sedar bahawa yang dia telah jatuh cinta dengan Halim.Oleh itu,dia cuba mencari Halim dengan nombor telefon yang masih disimpan olehnya.Akhirnya Linda jumpa nombor itu dan menelefon Halim,alangkah terkejutnya Linda bahawa suara yang keluar adalah suara perempuan.Rupa-rupanya Halim sudah kahwin dengan pilihan keluarganya. Pada masa itu,Linda berasa menyesal dengan diri yang terlalu Ego diri sendiri.Namun begitu,Linda tetap berdoa Halim selalu bahagia dan minta maaf terhadapnya.
~~::p/s- Cerita ini hanya direka untuk berkongsi tiada kena-mengena dengan yang mati::~~
Surah Al-Baqarah ,ayat 216
0 comments:
Post a Comment